Dipetik dari : FB Ilmuan Malaysia
Kini kita telah memasuki fasa bantuan pemulihan dalam bentuk pembersihan kawasan-kawasan yang terjejas dengan musibah banjir. Negeri-negeri di pantai Timur terutama di Kelantan telah memperlihatkan kita kesan di luar jangka setelah kadar air mula surut.
Bantuan sudah pasti masih diperlukan terutama bantuan mencuci tempat-tempat tinggal, masjid, surau, sekolah-sekolah dan bangunan-bangunan penting di sekitar kawasan terjejas. Bantuan dari sudut barangan seperti makanan, pakaian dan lain-lain pula perlu diteruskan, dalam masa yang sama ia memerlukan lebih penyelarasan dari pihak kerajaan setelah kita mendengar banyak aduan berkaitan ketidakseragaman dan sedikit kucar kacirnya serahan dan agihan yang telah berlaku.
Pihak MKN dan agensi kerajaan negeri benar-benar wajar memainkan peranan sebagai koordinator (penyelaras) kepada bantuan dan juga sukarelawan yang hadir membantu, dan dilihat sebagai memiliki peranan terbesar. Para sukarelawan pula diharap dapat memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa. Ini pasti in shaa Allaah bakal memudahkan kerja pemulihan.
iLMU sedang merancang untuk menurunkan bantuan makanan, pakaian, alatan membersih, kelengkapan solat dan apa sahaja yang masih diperlukan. Namun apa yang diperhatikan agak ramai sukarelawan yang menghadapi masalah pengangkutan untuk menghantar bantuan.
Jadi, kami juga memerlukan sumbangan dari segi kenderaan samada lori, atau 4X4 atau sesiapa yang mungkin ingin sumbangkan dana khas untuk sewa lori dan kenderaan yang berpatutan.
Segala sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Bank Muamalat Pertubuhan Ilmuan Malaysia: 14080000893719
Untuk menyertai pasukan sukarelawan, menghulur sumbangan pengangkutan, sumbangan berupa barangan dan juga sebarang pertanyaan, sila hubungi Saudara Ahmad Fazrin Yahaya 0193999107, penyelaras gerakan.
Nantikan kemas kini dari kami. Semoga Allah permudahkan semua.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.