POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

TIDAK ADA KELEBIHAN MATI PADA MALAM ATAU SIANG HARI JUMAAT


Dipetik dari : Fharid Bin Ismail

Berkenaan kelebihan mati pada hari Jumaat para Ulama hadis berbeza pendapat tentang kesahihan hadis ini.

Segolongan besar mereka berpendapat hadis itu bertaraf dhaif.*

Imam Tirmizi ketika meriwayatkan hadis itu menyebutnya sebagai hadis gharib dan sanadnya tidak tersambung (munqati’/terputus).

Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menegaskan dalam kitab Fathul-Bari sanad hadis itu dhaif dan juga diriwayatkan oleh Abu Ya’la dengan lafaz yang sama dari Anas bin Malik, tetapi sanadnya lebih dhaif lagi (Dhaif Jiddan).

Para Fuqaha berpendapat sebaik baik hari bagi kematian seseorang ialah pada hari Isnin kerana Rasulullah ﷺ wafat pada hari tersebut dan sejumlah besar sahabat dan isteri Baginda meninggal dunia pada hari tersebut.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Khalifah Abu Bakar bertanya kepada Sayyidah Aishah hari apakah wafatnya Rasulullah.?

Jawab Aishah: Hari Isnin. Maka Abu Bakar menjawab: Maka aku mengharapkan mati pada hari Isnin. Doa beliau dikabulkan Allah.

* Hadis dhaif ialah hadis yang tidak mencukupi syarat untuk diterima. (منحة المغيث) Al-Hafiz Ibnu Solah telah mentakrifkan hadis dhaif dengan katanya bahawa: “setiap hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat hadis sahih dan tidak juga mencukupi syarat-syarat hadis hasan, maka itulah hadis dhaif”. (139(تدريب الراوي :ص)

Bacaan tambahan di

Hadis Dhaif : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/6054-hadith-dhaif.html

Tarikh Sebenar Kelahiran & Kewafatan Nabi Muhammad ﷺ : https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/31/tarikh-sebenar-kelahiran-kewafatan-nabi-muhammad-saw/

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.