[VIDEO] ANWARINAS DALAM HARAKAH MELENTING BILA DIPECAT



Oleh : AJ

1. Bekas editor Harakah, Tarmizi Mohd Jam naik hangin sebab dipecat tanpa diberikan peluang untuk membela diri. Malah beliau turut memuji Utusan Malaysia dalam memberikan keadilan kepada staf-staf yang buat perangai. 

2. Selain itu jika kita bandingkan lagi dengan kes Mejar Zaidi, beliau juga diberikan peluang mengemukakan rayuan dan membela diri oleh Mahkamah Tentera, tetapi enggan berbuat sedemikian.

2. Tarmizi juga mengakui bahawa KDN selama ini telah banyak 'menutup mata' dengan pelanggaran lesen Harakah - Bukti KDN dan Kerajaan mengamalkan konsep kebebasan bersuara, namun biarlah ada tahapnya.

3. Tarmizi menuduh Dewan Ulama / Ulama PAS lambat memberikan respon mengenai satu-satu isu. Berbanding dengan kumpulan Anwarinas dalam PAS seperti Khalid Samad, Hanifa Maidin dan Mujahid Yusuf Rawa. 

4. Pada pendapat kami, kemungkinan Tarmizi ini tidak memahami konsep Tabbayun (Menyeledikki) yang diamalkan oleh diamalkan oleh ulama PAS agar maklumat itu tidak menjadi fitnah kepada sesiapa.

5. Cepat respon tak bermakna dia betul. Dan lambat respon bukan bermakna dia tak tahu.

6. Tarmizi juga mendakwa Harakah tidak pernah mengeluarkan bayaran KWSP untuk staf-stafnya, malah untuk menubuhkan NUJ (Kesatuan Wartawan) di Harakah juga dilarang.

7. Nampaknya dalam bab ini, PAS lebih diktator dari UMNO. Apa-apapun, aku tak nak campur tangan, sebab kadangkala perlu juga kuasa diktator ni terutama sekali berhadapan dengan kumpulan budak-budak degil ni.

8. Akhir kalam, dah ko kena pecat, sudahlah. Rezeki ALLAH luas. Kalau nak sangat berkawan dengan DAP, hantarlah CV kat RoketKini.

Post a Comment

1 Comments

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.