BILA PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR MENJADI TUKANG BUAT FITNAH!

Oleh : Jebat


"dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan"
[Al-Baqarah : 191]

Amat memalukan bilamana seorang individu bertaraf Ketua Penolong Pengarah Zakat dan Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri Johor menjadi tukang pembuat fitnah.

Dalam statusnya di facebook, Mustafa Omar, telah membuat satu fitnah keatas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, berhubung kehadiran Perdana Menteri ke Mesyuarat UMNO Pasir Gudang pada 9 Ogos 2015, yang menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura.

Dalam statusnya, beliau menjual nama Sultan Johor kononnya Najib dihalang untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.


Tetapi ternyata status yang ditulis oleh Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitumal dan Wakaf MAINJ adalah satu fitnah dan tuduhan tanpa asas.

Kenyataan tersebut disangkal oleh netizen, Rizal Mansor yang menyatakan bahawa sememangnya jadual PM adalah ke Singapura bagi meraikan sambutan 50 Tahun penyingkiran Singapura dari Malaysia. Dan kereta yang digunakan oleh Perdana Menteri adalah kenderaan yang disediakan oleh Kerajaan Singapura sebagai memudahkan urusan Perdana Menteri bagi menyeberangi tambak ke Johor buat seketika.


Ternyata Mustafa Omar telah mencemarkan nama baik Majlis Agama Islam Negeri Johor malah institusi Kesultanan Johor itu sendiri. Adalah sebaiknya beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan beliau. Aku mengharapkan agar kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap pegawai ini agar menjadi iktibar dimasa akan datang.


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." 
[Al-Hujurat : 12] 

Post a Comment

15 Comments

  1. Aku takut Tuhan turun bala besar kpd seluruh rakyat (Nauzubillah) kerana terlalu mudah dan mesra fitnah berbanding berfikir dan bersangka baik. Kaedah fitnah takkan memutihkan apa yang dikatakan hitam kerana Allah SWT takkan berkati dan pasti akan terima balasan.

    Sudah2lah memfitnah Najib, jika benar dia ada buat kesalahan atau jenayah, serah pada Allah SWT jika kita gagal buktikan.. Allah Maha Besar lagi Maha Kuasa. TAPI jika dia tidak bersalah disisi Tuhan, amatlah berat musibah bg org yang menjaja fitnah kerana Najib hakikatnya pemimpin yg dipilih Tuhan untuk rakyat

    ReplyDelete
  2. Astagh firullah. Betul lah fitnah berleluasa di ahir zaman. Pegawai yang sepatutnya jadi contoh pun berlaku munkar.

    ReplyDelete
  3. Mmg benarlah puak2 ni ada dlm MAIJ/JAJ..mereka jugalah yg sering menentang kerajaan..ada segelintir yg menjadi penceramah di luar waktu kerja dan mendpt upah ceramah tetapi bila masa kerja mereka tidur sbb kepenatan berceramah..terdapat juga dikalangan mereka yg menyalahgunakan amanah yg diberi..ada juga di antara mereka yg menyumbat ank mereka dlm Sek Maahad sedangkn ank mereka tidak layak..ramai lg ank2 org kg yg susah dan layak tidak dpt msuk ke Maahad..mereka jugalah yg memberi kontrak percetakan buku2 sekolah agama kpd bangsa asing..mereka jugalah yg gagal mewujudkn pusat dialisis di setiap daerah di negeri johor..mereka jugalah yg gagal mentadbir urus tanah wakaf dll..ingatlah warga MAIJ/JAJ anda sedang diperhatikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan jadi macam mereka. Kalau benar ada puak ni lapurkan sahaja dan usah dipanjangkan melalui komen sebab kita pon jadi 2 x 5 dengan golongan ini:

      "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Al-Hujurat : 12

      Delete
  4. Peagawai agama jenis apa ni - dasar si PENIPU! PDRM tolong TANGKAP!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  5. fitnah dalam ayat tersebut bukan bermakna tuduhan palsu tetapi maksudnya adalah kesyirikan atau kacau bilau.

    dalam quran dan hadis,perkataan fitnah berbeza maksudnya dari kefahaman biasa orang melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan ambil sekerat-sekerat....... coba faham sepenuhnya ayat tersebut.

      Delete
    2. pemahaman mana ko dapat ni. cuba refer surah at taubah pasal fitnah yang asalnya dari kisah tuduhan palsu Abdullah ubai n the geng terhadap aisyah yang kononnya berzina. walau tak suka bagaimanapun kita pada pemimpin, memfitnah tak menghalalkan perbuatan kita yang kononnya untuk tegakkan kebenaran.

      jentayu

      Delete
    3. dlm at taubah ayat 48 dan 49,maksud fitnah juga bukan tuduhan palsu.

      sebaliknya ia bermaksud dosa dan kekufuran.

      sila rujuk pada tafsir al quran dan bukan terjemahannya saja...

      Delete
  6. kalau datang pakai kereta plat singapore tu apa ertinya.. org johor pun menyampah dgn keta plat singapore...denyut nadi rakyat tak rasa ke...ini bukan fitnah ....ini benar...tiada semangat patriotik langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan rumah dah bagi kemudahan kenderaan mereka. Bukan guna duit hang pun.

      Delete
  7. Jika org dh sediakan kenderaan, guna aje la... awat bodoh sgt... ada juga hamba Dajjal Laknatullah kat sini...

    ReplyDelete
  8. Penyokong tegar pembangkang membuat hasutan... apa tunggu lagi ? Ini gunting dalam lipatan. Ini kejahatan fitnah yang nyata di mainkan pembangkang.

    Juga Nurul Izzah menggelar 'Maharaja Najib' - memalukan dan melampaui batas.

    ReplyDelete
  9. Plat malaysia tak laku untuk menyeberang..Plat Singapura boleh pulak menyeberang...

    ReplyDelete
  10. Rizal Mansor tu siapa??? Org Upahan Najib ke??? hahaha

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.