BUKAN RINGGIT MALAYSIA SAHAJA YANG JATUH - PENGANALISIS EKONOMI PKR

Oleh : Ainul Asniera Ahsan

Malaysia tidak boleh menggunakan tambatan ringgit sebagai penyelesaian terhadap penyusutan ringgit seperti mana yang dilakukan pada tahun 1998.

Pendekatan tidak boleh serupa meskipun isunya sama kerana punca dan keadaan kejatuhan ringgit berbeza.

Penganalisis pasaran Institut Rakyat seliaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azrul Azwa Ahmad Tajuddin berkata, kedudukan ringgit semasa tidak menggambarkan fundamental ekonomi Malaysia yang teguh.

Menurut beliau, kejatuhan ringgit ke paras psikologi baru dipengaruhi oleh kedua-dua faktor - domestik dan luaran.

Oleh sebab itu, kejatuhan mata wang bukan sahaja melibatkan Malaysia tetapi juga di negara-negara bagi pasaran baru muncul.

"Hampir kebanyakan mata wang Asia lemah berbanding dolar Amerika Syarikat cuma di rantau ini ringgit menyaksikan prestasi paling buruk.

"Bagaimanapun, ia tidak menggambarkan kedudukan ringgit secara keseluruhannya kerana ada di beberapa negara ringgit stabil dan kukuh," katanya kepada MalaysiaGazette.

Disebabkan itu, walaupun tidak dapat dipastikan, kedudukan ringgit dikaitkan dengan isu-isu domestik yang disifatkan memainkan peranan.

"Faktor-faktor luaran di luar kawalan kita, lantaran itu prestasi ringgit dikaitkan dengan faktor dalaman kerana ia dekat dengan rakyat dan boleh dikawal," ujarnya.

Ditanya adakah penyusutan ringgit membimbangkan, Azrul Azwa menegaskan, keadaan tidak sama seperti 17 tahun lalu kerana hutang kerajaan yang menggunakan mata wang asing cukup kecil iaitu 3.0 peratus sahaja.

Ini bermakna kerajaan sudah banyak belajar daripada krisis kewangan Asia, katanya.

Malah, ekonomi masih teguh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar tidak menguncup, sebaliknya berkembang dalam jangkaan antara empat hingga enam peratus.

"Jadi apa kesan buruk ringgit sehingga menimbulkan pelbagai persepsi yang tidak masuk akal?," soal beliau.

Katanya, perniagaan yang berkaitan dengan eksport tidak terjejas teruk kerana sektor itu memang sudah siap sedia dengan risiko turun naik mata wang.

"Penurunan mata wang sudah tentu ada faedah dalam perniagaan, jika tidak sudah tentu China tidak akan menurunkan yuan," tambahnya.

Jelas Azrul, kesan kejatuhan ringgit mungkin memberi kesan kepada ibu bapa yang membiayai sendiri pengajian anak-anak mereka di luar negara namun bukan kepada penuntut yang ditaja.

"Cuba tengok semula, surat kontrak penajaan menyatakan biasiswa diberikan berdasarkan nilai mata wang negara yang menjadi lokasi penuntut belajar bukan mata wang Malaysia. Kalau terbeban pun adalah kerajaan, bukan pelajar.

"Dan, kalau pun ada ibu bapa yang menaja sendiri anak-anak mereka, kumpulan ini terdiri daripada golongan kaya. Jadi apa masalahnya, kenapa heboh sangat macam langit runtuh?," kata beliau lagi.

Azrul berkata, orang ramai perlu menyelidik sebelum melontarkan persepsi buruk mengenai ekonomi termasuk isu dagangan ringgit di luar negara.

Tegas beliau, Malaysia tidak pernah lagi meniagakan ringgit di luar pesisir apabila mata wang itu ditambat pada tahun 1998 dan biarpun tambatan ringgit ditarik semula pada tahun 2005, arahan ringgit tidak boleh didagangkan tidak pernah ditarik balik oleh kerajaan sehingga hari ini.

"Jadi mengapa ada yang percaya ringgit tidak laku di India, di China, di Jepun atau mana-mana negara pun.

"Saya sebenarnya lebih hairan kalau ringgit boleh ditukar di luar negara kerana ia tidak mungkin berlaku," tambahnya. 

Artikel lain berkaitan dengan Azrul disini :

a) http://www.penaminang.com/2013/01/azrul-of-bank-islam-should-be-taken-to.html?m=1




Sumber : Malaysian Gazzete

Post a Comment

1 Comments

  1. saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
    KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D























    saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
    KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.