EKONOMI MALAYSIA LEBIH BAIK 2015 BERBANDING 1998

Oleh : Hazudin Hashim

1. Penurunan nilai ringgit berbanding dollar Amerika dalamasa sebulan dua ini membimbangkan banyak pihak sehingga dijadikan alasan bagi mendesak YAB Perdana Menteri meletakkan jawatan.

2. Maka lahirlah pakar-pakar kewangan dan ekonomi segera di alam maya yang mengulas dan mengupas isu ini.

3. Realitinya, saya belum menemui satu pandangan dari mana-mana pakar kewangan dan ekonomi dunia yang mengatakan halatuju ekonomi dan pentadbiran Malaysia tersasar dari landasan atau berada dalam keadaan teruk.

4. Jika kita meneliti laporan-laporan International Monetary Fund dan World Bank, tahun-tahun 2015 hingga 2020 merupakan tahun-tahun kritikal pertumbuhan dan pembangunan ekonomi serta kewangan dunia. Di percayai tiga buah negara akan kekal stabil atau mampu menanganinya dengan baik, iaitu Republik Rakyat China, Chile dan MALAYSIA.

5. Berbalik kepada krisis penurunan ringgit, banyak data dan fakta menunjukkan bahawa pengukuhan dollar Amerika telah memberi kesan negatif kejatuhan mata wang yang jauh lebih teruk kepada negara-negara seperti Singapura, China, Thailand, Filipina, Russia dan banyak lagi.

6. Dengan asas ekonomi yang kukuh pada masa ini, Malaysia masih mampu bertahan dengan sistem ekonomi sediada berbanding pada krisis kewangan Julai 1997/November 1998.

7. Perbandingan kadar tukaran asing RM 4.88 berbanding 1USD pada tahun tersebut (sekarang 1RM bersamaan 4.0USD) di samping kadar faedah setinggi 13.5% membuktikannya. Kita masih lagi menikmati kadar faedah bank setinggi 4.57% pada masa ini.

8. Rezab simpanan Bank Negara Malaysia pada ketika ini mampu bertahan sehingga 7.6 bulan terkehadapan dan bersedia untuk dicairkan pada bulan kelapan atau seterusnya berbanding dengan China, Singapura dan lain-lain negara yang sudah pun mencairkan rezab mereka bagi mengekalkan nilai matawang masing-masing.

9. Bayangkan dengan kekuatan rezab tunai setakat 2.6 bulan sahaja pada 1998, puluhan ribu pekerja dibuang, pengangguran mahasiswa sekitar enam puluh ribu orang dan ratusan syarikat -syarikat besar bertaraf Multinational Corporations (MNC's) terpaksa gulung tikar atau memindahkan operasi mereka ke negara-negara jiran pada masa itu. Situasi sebegini tidak berlaku di Malaysia buat masa ini.

Saya sangat berharap agar sahabat-sahabat dapat menilai tekad dan iltizam kepimpinan negara untuk terus keluar dari kemelut ekonomi dunia yang tidak sihat ini dengan memberikan sokongan sepenuhnya dan kritikan membina demi kemajuan dan pembangunan negara menuju sebuah negara maju mengikut acuan sendiri menjelang 2020.

Yang Di Pertua
Majlis Perbandaran Jasin, Melaka

13 November 2015
2.00 p.m.

Post a Comment

0 Comments