POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

MARILAH KITA MENDOAKAN KEBAIKAN KEPADA PEMERINTAH

Imam Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah berkata, “Seandainya aku tahu bahawa aku memiliki doa yang mustajab (yang dikabulkan), maka aku akan gunakan untuk mendoakan penguasa.”

Penulis: M. Saifudin Hakim

Akhir-akhir ini, banyak kita temui saudara-saudara, kita kaum muslimin yang tanpa sedar banyak mendoakan keburukan keatas kepimpinan di negara ini. Ketika mereka melihat (menganggap) pemimpin atau pemerintah melakukan kesalahan atau kekeliruan (menurut prasangka mereka), begitu mudahnya kata-kata celaan, maki hamun, bahkan doa yang buruk keluar dari mulut mereka. Padahal sebagai seorang muslim, Allah Ta’ala dan Rasul-Nya sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan bagaimanakah sikap yang sebenar seorang rakyat kepada para pemimpin dan pemerintah. Melalui tulisan singkat dan sederhana ini, kami mengingatkan diri kami sendiri dan juga saudara-saudara kami kaum muslimin untuk sentiasa mendoakan kebaikan bagi pemerintah, dan bukan memaki hamun dan mendoakan keburukan buat mereka.

Ketaatan pada Pemimpin, Salah Satu Prinsip Penting Aqidah Ahlus Sunnah



Ketika menjelaskan prinsip-prinsip pokok aqidah ahlus sunnah wal jama’ah, Imam Abu Ja’far Ath-Tahawi rahimahullah (wafat tahun 321H) berkata dalam kitab beliau, Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyyah,


وَلَا نَرَى الْخُرُوجَ عَلَى أَئِمَّتِنَا وَوُلَاةِ أُمُورِنَا

“Dan kami (ahlus sunnah) tidak berpendapat (bolehnya) keluar (memberontak) dari pemimpin dan penguasa kami (iaitu kaum muslimin,)”.

Ini adalah salah satu prinsip aqidah ahlus sunnah, iaitu tidak boleh keluar (memberontak) dari penguasa dan pemerintah kaum muslimin. Allah Ta’ala berfirman,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu.” (An-Nisa [4]: 59)

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


وَمَنْ يُطِعِ الأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي، وَمَنْ يَعْصِ الأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي

“Dan barangsiapa yang menaati pemimpin, maka sungguh dia telah mentaatiku. Dan barangsiapa yang derhaka kepada pemimpin, maka dia telah derhaka kepadaku.” (HR. Bukhari no. 2957 dan Muslim no. 1835)

Oleh kerana itu, tidak boleh derhaka (memberontak) kepada mereka, meskipun mereka adalah pemimpin yang jahat atau zalim.

Bersabar, Itu yang Utama

Imam Abu Ja’far Ath-Tahawi rahimahullah melanjutkan prinsip aqidah ahlus sunnah berikutnya,


وإن جاروا

“Meskipun mereka (pemimpin) itu (berbuat) zalim.”

Maksudnya, meskipun pemimpin itu zalim dan melampaui batas, misalnya dengan mengambil harta atau membunuh kaum muslimin, maka ahlus sunnah masih berpendapat bahawa tidak boleh keluar dari terus taat kepada mereka. Hal ini berdasarkan perintah tegas dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada sahabat Hudzaifah bin Al-Yaman radhiyallahu ‘anhu,


تَسْمَعُ وَتُطِيعُ لِلْأَمِيرِ، وَإِنْ ضُرِبَ ظَهْرُكَ، وَأُخِذَ مَالُكَ، فَاسْمَعْ وَأَطِعْ

“Engkau mendengar dan Engkau mentaati pemimpinmu. Meskipun hartamu diambil dan punggungmu dipukul. Dengarlah dan taatilah (pemimpinmu)” (HR. Muslim no. 1847).

Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kita untuk bersabar, bukan memberontak mengangkat senjata atau melakukan demonstrasi. Kerana dengan memberontak dan berdemonstrasi, ianya akan menimbulkan (lebih) banyak kerosakkan. Inilah aqidah ahlus sunnah, iaitu senantiasa menimbang dengan mengambil bahaya yang lebih ringan dibandingkan dua bahaya yang ada.

Janganlah Mendokan Mereka dengan Keburukkan.



Imam Abu Ja’far Ath-Tahawi rahimahullah melanjutkan lagi prinsip-prinsip aqidah ahlus sunnah,


ولا ندعوا عَلَيْهِمْ

“Dan tidak mendoakan keburukan bagi mereka (pemimpin atau pemerintah).”

Maka jelaslah bahawa aqidah ahlus sunnah menyatakan, tidak boleh mendoakan keburukkan bagi pemimpin atau pemerintah, tidak boleh memaki-hamun, mengaibkan mereka di muka umum, dan sebagainya. Kerana pada hakikatnya, hal ini sama halnya dengan derhaka dan memberontak secara fizikal. Syaikh Dr. Salih Al-Fauzan hafidzahullah mengatakan,

“Tidak boleh mendoakan keburukkan bagi pemimpin. Kerana ini adalah pemberontakan secara tidak langsung, ini sama seperti dengan memberontak kepada mereka dengan menggunakan senjata (pemberontakan secara fizikal). Yang mendorongnya untuk mendoakan keburukkan bagi penguasa adalah kerana dia tidak mengakui (menerima) kekuasaannya. Maka kewajiban kita (rakyat) adalah mendoakan pemimpin dalam kebaikan dan agar mereka mendapatkan petunjuk, bukan mendoakan keburukan terjadi kepada mereka. Maka ini adalah salah satu prinsip di antara prinsip-prinsip aqidah ahlus sunnah wal jama’ah. Jika Engkau melihat seseorang yang mendoakan keburukkan untuk pemimpin, maka ketahuilah bahawa aqidahnya telah rosak, dan dia tidak berada di atas manhaj salaf. Sebahagian orang menganggap hal ini sebagai sebahagian dari rasa marah dan kecemburuan kerana Allah Ta’ala, akan tetapi hal ini adalah rasa marah dan cemburu yang tidak kena pada tempatnya. Ini kerana, jika mereka cuba menjatuhkan pemerintah, maka akan timbul kerosakan (yang lebih besar.).” (At-Ta’liqat Al-Mukhtasharah, hal. 171)

Imam Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah berkata,


لو أني أعلم أن لي دعوة مستجابة لصرفتها للسلطان

“Seandainya aku tahu bahwa aku memiliki doa yang mustajab (yang dikabulkan), maka aku akan gunakan untuk mendoakan penguasa.”

Syaikh Dr. Salih Al-Fauzan hafizahullah berkata,

“Maka orang-orang yang mendoakan keburukkan keatas pemimpin kaum muslimin, maka dia tidaklah berada di atas mazhab ahlus sunnah wal jama’ah. Demikian pula, orang-orang yang tidak mendoakan kebaikan bagi pemimpinnya, maka ini adalah tanda bahawa mereka telah menyimpang dari aqidah ahlus sunnah wal jama’ah.” (At-Ta’liqat Al-Mukhtasharah, hal. 172).

Syaikh Dr. Salih Al-Fauzan hafizahullah juga berkata,

“Maka kemarahan bukanlah dengan mendoakan keburukan keatas pemerintah, meskipun Engkau menghendaki kebaikan. Maka doakanlah bagi mereka agar mendapatkan kebaikan. Allah Ta’ala Maha Kuasa untuk memberikan hidayah kepada mereka dan mengembalikan mereka kepada jalan yang benar. Maka Engkau, apakah Engkau berputus asa dari (turunnya) hidayah untuk mereka? Ini (seperti kamu) berputus asa dari rahmat Allah.” (At-Ta’liqat Al-Mukhtasharah, hal. 173).

Selain Berdoa, Apalagi yang Harus Kita Lakukan (sebagai Rakyat)?



Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah berkata ketika memberikan komentar terhadap kitab Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyyah,


وفي هذا بيان لطريق الخلاص من ظلم الحكام الذين هم ” من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا ” وهو أن يتوب المسلمون إلى ربهم ويصححوا عقيدتهم ويربوا أنفسهم وأهليهم على الإسلام الصحيح تحقيقا لقوله تعالى: (إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم) [الرعد: 11] وإلى ذلك أشار أحد الدعاة المعاصرين (اا) بقوله: ” أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم لكم على أرضكم “. وليس طريق الخلاص ما يتوهم بعض الناس وهو الثورة بالسلاح على الحكام. بواسطة الانقلابات العسكرية فإنها مع كونها من بدع العصر الحاضر فهي مخالفة لنصوص الشريعة التي منها الأمر بتغيير ما بالأنفس وكذلك فلا بد من إصلاح القاعدة لتأسيس البناء عليها (ولينصرن الله من ينصره إن الله لقوي عزيز) [الحج: 40]

“Maka ini merupakan penjelasan (tentang) jalan keluar dari kezaliman penguasa, yang mereka itu pada hakikatnya adalah berasal dari kulit-kulit kita dan berbicara dengan bahasa kita (maksudnya, pemimpin itu pada hakikatnya berasal dari rakyat,), iaitu seharusnya kaum muslimin bertaubat kepada Allah dan memperbaiki aqidahnya, dan mendidik dirinya sendiri dan keluarganya di atas agama Islam yang sahih. Firman Allah Ta’ala yang artinya,”Sesungguhnya Allah tidaklah mengubah suatu kaum, sampai mereka mengubah diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’du [13]: 11)

Atas dasar ini, salah seorang juru dakwah di zaman ini mengisyaratkan dalam sebuah perkataannya,”Tegakkanlah negara (daulah) Islam dalam diri (dada) kalian, nescaya akan tegak (daulah Islam) di negeri kalian.” Dan bukanlah jalan untuk keluar dari kezaliamn penguasa dengan kaedah memberontak kepada penguasa, atau dengan jalan kudeta (ketenteraan). Maka hal ini di samping bid’ah pada zaman ini, juga merupakan tindakan yang menyelisihi dalil-dalil syari’at, yang di antaranya memerintahkan untuk memperbaiki (mengubah) diri sendiri (terlebih dahulu). Demikian pula, wajib untuk memperbaiki asas kaedah agar kuatlah bangunan di atasnya. (Allah Ta’ala berfirman yang artinya),”Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa.” (Al-Hajj [22]: 40)” (Takhrij Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyyah, hal. 69)

Semoga Allah Ta’ala sentiasa memberikan hidayah-Nya kepada pemimpin dan pemerintah kaum muslimin

*************

Rujukan :

At-Ta’liqat Al-Mukhtasharah ‘ala Matni Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyyah, karya Syaikh Dr. Salih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan, cetakan pertama, Daarul ‘Ashimah, tahun 1422.

Al-‘Aqidah Ath-Thahawiyyah, Abu Ja’far Ath-Thahawi, syarh wa ta’liq: Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani rahimahullah, cetakan kedua, Al-Maktab Al-Islami, tahun 1414 (Maktabah Asy-Syamilah)

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.