Oleh : Jebat 1. Pertama sekali kami mohon maaf jika posting ini ada yang akan terasa hati. 2. Kami tak salahkan anda marahkan PM Najib dan sokong Tun M. Namun bila nak buat tuduhan tu biarlah berfikir panjang. 3. Sepertimana yang dinyatakan, sehingga hari ini, penemuan serpihan pesawat MH370 sememangnya disahkan milik MH370 dan perkara tersebut disahkan sendiri oleh pihak berkuasa Perancis. 4. Tetapi cerita mengenai serpihan baru yang didakwa sebagai milik MH370, sehingga tulisan ini dicatatkan, kami tidak menjumpai sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri mengesahkan bahawa serpihan yang dijumpai di Kepulauan Maldives adalah milih MH370. 5. Memang benar Malaysia hantar pasukan penyiasat ke kepulauan berkenaan. Dah ada orang buat dakwaan, jadi kenalah pi tengok samada benar atau tak. Kenalah tengok dengan mata sendiri. Takkan nak duduk depan komputer jer.
6. Bila pasukan penyiasat dah kesana, dan dah analisis serpihan yang didakwa milik MH370 itu, mereka sahkan bahawa serpihan berkenaan BUKAN MILIK MH370. 7. Jadi kat sini tak ada isu siapa kena tipu dengan siapa. PM hanya sahkan berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pakar-pakar aviasi dan kejuruteraan penerbangan, bukannya dari cakap-cakap pakar dan jurutera keluaran Institut Teknologi Aeronotik dan Kejuruteraan Facebook cawangan Malaysia. 8. Jadi aku harap berhentilah dari bercakap benda-benda yang korang tak tau dan bukan pakar ni. Kalau korang rasa korang pandai sangat, pi lah hantar resume kat Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Penerbangan, dan MAS Airlines. Jangan sesiakan kepakaran yang korang ada dengan hanya bicara di FB. 9. Sekali lagi aku nak tegaskan bahawa PM Najib hanya SAHKAN bahawa penemuan serpihan sayap pesawat MAS Airlines Pulau Reunion adalah SAH MILIK MH370. Dan sehingga kini tidak ada sebarang pengesahan mengenai penemuan serpihan di Kepulauan Maldives adalah sah milik MH370. Yang ada hanyalah DAKWAAN SEMATA-MATA 10. Akhir kalam, suka aku memperingatkan korang dengan perkataan ALLAH dan RasulNYA “Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya.” (al-Israk:36) “Sesungguhnya akan datang pada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan, seorang pembohong dikatakan benar dan seorang yang jujur dianggap berbohong, seorang pengkhianat dikatakan amanah dan seseorang yang amanah dianggap khianat, dan pada ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ditanyakan kepada baginda, “Siapakah Ruwaibidhah?” Baginda menjawab, “Orang yang lekeh (tidak ada ilmu) berbicara tentang urusan manusia (umat).” (Musnad Imam Ahmad) Video setahun lepas;
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.