SYIAH BUKAN MAZHAB DALAM ISLAM

Penulis : Dr. Sulaiman Nordin. 

1.0 PENDAHULUAN.

Antara konsep kepercayaan agama Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah) adalah kepercayaan kepada konsep Imam Al-Mahdi Al-Muntazar (Imam yang dinantikan). Dia adalah Imam kedua belas (12) yang Ghaib sekian lama yang juga dikenali sebagai Imam Al-Mahdi Al-Muntazar. Kelahiran, keghaiban dan tuntutan untuk taat kepadanya menjadi suatu kepercayaan asas. Rukun kepimpinan Imam ini (Wilayah) lebih penting daripada rukun solat, puasa, dan haji. Iman seorang tidak sah jika tidak percaya kepada konsep Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazar. Kisah cerita yang menajadi dasar aqidah aliran Syiah Imamiyyah adalah seperti berikut :

Imam Al-Hasan Al-Askari, imam yang Ke-11 mempunyai anak bernama Muhammad. Sepuluh hari sebelum kematianya, Muhammad anak kepada Imam Al-Hassan mengasingkan dirinya di sebuah gua dekat bandar Suraman Ra'i, Iran. Imam Muhammad ini berhubung dengan pengikutnya dan memberikan panduan daripada gua tersebut. Beberapa lama kemudian, Muhammad menghaibkan dirinya. Tiada siapa pun dapat berhubung dengannya, sehinggalah beliau muncul pada akhir zaman nanti. Muhammad dipercayai hidup dan akan muncul pada akhir zaman sebagai Imam Mahdi untuk memerintah seluruh dunia [1]

Kepercayaan terhadap Imam Ghaib yang masih hidup ini tidak ada di dalam Al-Quran, Hadis, Athar sahabat mahupun dalam kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Sepatutnya kisah seperti ini yang bagaikan kisah Seribu Satu Malam atau kisah lain yang sepatutnya ditinggalkan sahaja. Walaubagaimanapun ianya dihidupkan semula dengan begitu ghairah pada akhir zaman ini melalui media massa elektronik Zionis antarabangsa sebagai satu isu politik antarabangsa.

2.0 IMAM KHOMEINI

Imam Khomeini yang dibawa semula oleh pihak berkuasa Perancis ke Iran telah memulakan Revolusi Politik Ganas Syaih Imamiyah di Iran pada tahun 1979. Revolusi Khomeini telah memusuhi Islam atas nama Islam itu sendiri. Ratusan ribu kaum Muslimin Ahli Sunnah Wal-Jama'ah telah terbunuh secara dengan begitu dahsyat di Iran dan Iraq setelah Revolusi Khomeini bertapak di Iran pada tahun 1979. Sejarah pengkhianatan seorang menteri kerajaan Khalifah Abbasiyah bernama Muhammad Al-'Alqami Ar-Rafidhi dengan bantuan rakan-rakannya Ibnu Abdil Hadiid dan An-Nashiruddin At-Toosi as-Syiie seolah-olah berulang semula. Pada tahun 655 Hijrah, negara Iraq diserang oleh tentera Hulagu Tartar (penyembah berhala) dengan bantuan Syiah Ar-Rafidhi. Pada tahun 2002 negara Iraq diserang oleh tentera Amerika di bawah rancangan Zionis (penyembah berhala Yahova).

3.0 AQIDAH IMAM KHOMEINI.

Imam Khomeini tetap percaya kepada kisah Imam Ghaib yang sedang bersembunyi dan akan timbul pada akhir zaman sebagai imam yang dinantikan (Al-Imam Al-Muntazar). Imam ini akan memrintah seluruh dunia. Imam inilah sebagai Imam yang ke-12. [2]

Kisah tersebut ada kaitan dengan kisah suku ke-13 bani Israel (suku kumpulan Bani Askenazim) yang berasal daripada Kazaria di pantai laut Kaspian. Mereka bukan dari keturunan Semitik tetapi daripada keturunan Kazaria. Untuk memendekan cerita, keturunan Yahudi Khazar ini mempunyai tempat istimewa dikalangan pemodal elit antarabangsa yang sangat berpengaruh dalam sistem pemerintahan Amerika Syarikat dan negara Eropah dewasa ini. Mereka adalah penganjur gerakan Komunis antarabangsa. Mereka sangat berpengaruh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), IMF,WTO, NATO dan Wall Street di New York. Mereka merancang untuk mewujudkan satu oder baru dunia. A New World Order yang disebut-sebut oleh Presiden Bush Senior.

4.0 ILLUMINATI KUASA SULIT.

Logo mereka adalah satu mata di atas piramid yang terdapat dalam setiap matawang dolar Amerika Syarikat. Kuasa sulit ini (Illuminati) sangat berperanan di belakang penubuhan negara Israel. Mereka bercita-cita untuk menubuhkanEmpayar Israel Raya di Timur Tengah. Mereka sedang merancang untuk membina semula Haikal Sulaiman selepas Masjidil Aqsa dirobohkan. Mereka bercadang supaya Haikal Sulaiman menjadi pusat pemerintahan dunia.

Kembali semula kepada sejarah lama (pada tahun 562 sebelum tahun masihi) Raja Parsi (Iran) bernama Kurisy di bawah pengaruh isterinya yang beragama Yahudi bernama Aastiin tekah mengarahkan suku Yahudi di Makabiin untuk membina Haikal Sulaiman semula kerana ia dirobohkan oleh Raja Bukhtanasar yang menjajah Palestin sebelum itu. [3]

Apa menjadi penghalang untuk menguasai Haikal Sulaiman adalah kekuatan Islam semasa pemerintahan Khalifah Umar R.A. Pada masa itu tentera Islam berjaya menguasai Baitul Maqdis berserta negara majusi Iran.

Ceritanya panjang tetapi cukup untuk kita melihat kaitannya dari sudut sejarah dan aqidah antara kisah Imam Ke-12 yang dinantikan untuk menakluk dunia dan kisah zionis  Bankstres Antarabangsa yang merancang orde Baru Dunia.

5.0 PERSAMAAN SIFAT  KEDUA PERTUBUHAN

Kedua pertubuhan ini mempunyai impian yang hampir sama. Keduanya diasaskan oleh Yahudi. Keduanya mengamalkan konsep bercakap bohong sebagai suatu yang diperlukan dalam perjuangan. Keduanya menggunakan wanita dalam ideologi Liberalism.

Keduanya menggunakan keganasan Zionis untuk merampas kuasa daripada kerajaan yang sah. Keduanya memerangi Tuhan semesta alam atas nama keadilan, kebebasan, dan kononnya menghapuskan kezaliman pemerintah.

Apabila mereka berkuasa, mangsa mereka yang tertipu akan dibunuh secara kejam jika mereka tidak sempat melarikan diri. Kini ketakutan menyelibungi golongan Ahli Sunnah Wal-Jama'ah di Iran, Afghanistan dan Iraq.

Kuasa zionis Antarabangsa sedang giat merancang untuk menggugat keamanan dan menggalakkan peperangan saudara di Mesir, Libya, Yaman, Bahrain dan sekitarnya dengan bantuan tentera Nato, Amerika dan British melalui propaganda CNN dan strategi CIA Pentagon.

Keadaan inilah yang dilabelkan oleh CIA Pentagon Amerika Syarikat sebagai peperangan Dunia Ke-4 yang dirancang sejak 50 tahun yang dahulu!

Kertas kerja ini akan membincangkan berkenaan aqidah asas Imam Ghaib Yang Dinanti. Ianya mempunyai hubungan dengan aqidah sekunder (cabangan) yang lain untuk membantu mengukuhkan aqidah asas itu.

6.0 IMAM GHAIB KE-12

Kepercayaan kepada Imam Ghaib yang ke-12 yang dinanti mempunyai kepercayaan cabangan (sekunder) untuk membantu mengukuhkan kepercayaan asas Imam Ghaib.

Antara kepercayaan sekunder yang lain untuk membantu kepercayaan asas Imam Al-Ghaib al-Muntazar, Imam yang ke-12 adalah :

1) Kedudukan imam-imam yang berjumlah 12 (semuanya maksum) adalahlebih tinggi daripada kedudukan para nabi. Menurut Imam Khomeini dalam kitab Al-Hukumah Al-Islamiyyah (Bab Wilayah Al-Faqeh) dan kitab Kasyful Asrar.[4]. Lihat lampiran 2 dipetik daripada kitab Syiah oleh Abul Hasan Ali Nadwi. Halaman 58.

2) Ajaran Imam adalah seperti ajaran Al-Quran. [5]

3) Al-Quran yang ada tidak sah. Sebabnya surah Al-Wilayah tidak ada di dalamnya. Para sahabat R.A yang bertanggungjawab mengumpulkan Al-Quran seperti Khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman di anggap sebagai penguasa zalim yang merampas kuasa dari Ali R.A [6]

4) Hampir kesemua para sahabat Nabi Muhammad telah menjadi murtadmelainkan tiga atau empat orang sahaja. [7]

5) Semua pemerintah Khalifah dan penguasa Islam sejak kedatangan Islam kecuali pemerintahan Rasulullah dan Ali R.A dianggap tidak sah dan dianggap sebagai pemerintah zalim. Semua mereka ini akan dibangkitkan dan dihukum oleh Imam Al-Ghaib Al-Muntazar [8,9]

7.0 BUKTI-BUKTI BAHAWA SYIAH IMAMIYAH PERCAYA BAHAWA AL-QURAN YANG ADA SEKARANG TELAH TERPINDA.

Agama Syiah Imamiyyah percaya bahawa Al-Quran disisi Ahli Sunnah Wal-Jama'ah tidak serupa dengan Mushaf Fatimah yang didakwa ditulis oleh Ali R.A [10,11]

1) Khomeini (Laknatullah) pun percaya kepada adanya mushaf Fatimah yang beliau sebut dalam kitab Al-Hukumah Al-Islamiyah di Halaman 74

2) Hussain bin Muhammad At-Tabrasi ulama terkenal di bandar Najef (meninggal 1320H.) tekah menulis sebuah kitab bernama "Kata Putus Membuktikan Penyelewengan Kitab Suci Tuhan".

> Dalam kitab ini beliau mengumpulkan beratusan dalil daripada ulama syiah yang menyatakan bahawa Al-Quran telah diubah. Sebagai menghargai jasa besar penulis kitab ini, At-Tabrasi dikebumikan di kawasan makan Ali R.A di Najaf. At-Tabrasi telah mengemukakan dalam halaman 180 bahawa surah Al-Wilayah tidak terdapat di dalam Al-Quran. 

Syeikh Muhibuddin dalam bukunya 'Al-Khutut al-Areedah' memuatkan satu salinan foto surah Wilayah tersebut di halaman 31. [12]

8.0 MASALAH UTAMA

Apa yang menjadi permasalahan disini adalah cerita tidak berasas yang telah menjadi asas aqidah mazhab Syiah Imam 12 (Imamiyyah). Cerita yang dimaksudkan adalah tentang Imam Ghaib (Lahir 255H) yang masih hidup selepas 1150 tahun! Jauh lebih daripada umur Nabi Nuh A.S. Imam ini akan muncul pada akhir zaman sebagai Al-Imam Al-Muntazar atau Sahib-us-Zaman yang dinanti yang akan menghukum Khalifah Abu Bakr, Khalifah Umar dan Khalifah Uthman sebagai penguasa zalim.

9.0 KISAH TERSEBUT MENENTANG AL-QURAN

Kisah seperti ini bercanggah dengan Al-Quran. Al-Quran jelas menjamin bahawa kesemua sahabat akan masuk syurga, ALLAH Ta'ala berfirman yang bermaksud;

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan, merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Surah Al-Anfal : 74)

Kesemua golongan Muhajirin dan Ansar mendapat keredhaan ALLAH. Firman ALLAH dalam surah At-Taubah ayat 100;

"Dan orang-orang terdahulu daripada Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang menurut fahaman mereka dengan kebaikan, ALLAH redha akan mereka dan mereka pula redha akan dia. ALLAH menyediakan untuk mereka syurga-syuraga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang sangat besar."

Ayat-ayat tersebut menuntut supaya umat Islam mengikuti fahaman para sahabat R.A. Bukannya untuk beriman kepada teori Imam Ghaib yang memusuhi para sahabat R.A

Kisah ini adalah suatu pembohongan besar. Firman ALLAH dalam surah An-Nahl ayat 105 yang bermaksud;

"Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat ALLAH, dan mereka itu ialah orang-orang yang berdusta."

Para sahabat R.A sangat berjasa untuk memperjuangkan agama ISLAM. Para khalifah Abu Bakr, Umar, dan Uthman telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam memelihara kesucian Al-Quran, mengumpulkan, membukukan dan menyebarkannya di wilayah-wilayah baru ISLAM. Tetapi mazhab Syiah 12 menganggap mereka sebagai kafir. Malahan melaknat mereka. Tetapi dalam kitab mereka bernama Kunci Hati di halaman 114, doa syiah yang masyhur bernama 'Doa Dua Berhala Quraish'. Yang dimaksudkan dengan kedua berhala Quraish adalah Khalifah Abu Bakr As-Sidiq dan Umar Al-Faruq R.A. Mereka sangat benci kepada mereka berdua yang sangat berjasa kepada ISLAM. Khasnya Umar Al-Faruq R.A yang berjaya mengalahkan tentera majusi yang diektuai oleh Rustam pada zamannya. [13].

1) Imam Muhammad Bin Hazm Rahimahullah telah selalu berdebat dengan ahli-ahli agama Kristian (Nasrani) mengenai kepalsuan kitab Injil semasa negara Sepanyol di bawah kerajaan ISLAM. Untuk menjawab hujjah Imam Muhammad, paderi Kristian berkata orang-orang Syiah telah mengaku sendiri bahawa Al-Quran juga telah dipinda. Imam Muhammad menjawab bahawa pengakuan Syiah itu tidak boleh menjadi hujjah kerana Syiah (Ar-Rafidah) bukan orang ISLAM. [14]

2) Imam As-Syafie Rahimahullah pernah berkata "Tidak Pernah Aku Melihat Golongan Yang Banyak Menurut Hawa Nafsu Dan Penipu Lebih Dari Golongan Syiah." [15]

Imam Abdullah Ibnu Al-Mubarak Rahimahullah berkata;

"Beragama (beriman) adalah bagi ahli hadis, percakapan dan pengkhayalan adalah bagi ahli falsafah dan penipuan adalah bagi golongan Syiah." [16]

Akhir sekali firman ALLAH yang bermaksud;

"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu". (Surah Surat Al-Ĥashr ayat 10.)

*Info tambahan : Penulis merupakan mantan pengarah di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

============
  
Bibilografi :

1] Usul Kafi. Halaman 202, 207. (Petikan dari Khomeini Revolusi Iran dan Aqidah Syiah. Halaman 91-94)

2] Syiah. Abu Hasan Ali Nadwi. Terjemahan Ellas Ismail. Nurin Enterprise. Kuala Lumpur. Hlm.57.

3] Sejarah Pemikiran I. Pusat Pengajian Umum, UKM Bangi. 2010. Hlm 179.

4] Syiah. Abu Hasan Ali Nadwi. Terjemahan Ellas Ismail. Nurin Enterprise. Kuala Lumpur. Hlm.70. Dan Syiah Imamiyyah Mazhab Ke-5? Pusat Pengajian Umum. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Halaman 107.

5] Syiah. Abu Hasan Ali Nadwi. Terjemahan Ellas Ismail. Nurin Enterprise. Kuala Lumpur. Hlm.58.

6] Khomeini  Revolusi Iran dan Aqidah Syiah. Mohamad Manzoor Nomani terjemahan Abu Muhammad. Islamic Publishing House Taman Melawati, Kuala Lumpur 1989. Hlm 158-160.

7] Sikap Syiah Terhadap Sahabat Nabi. Ahmad Bin Abdul Aziz Al-Hamdan. Terjemahan Mustafa Mahdamy. Pustaka Mantiq. Solo. 1997 Hlm 39-42.b) Thabusi, Fashul-Khitab, Hlm 82.

8] Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah). Syeikh Muhibuddin Al-Khatib. Perbadanan Perkhidmatan Agama Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan, Mei 2011. Halaman 43.

9] Pemerintahan Islam. Ayatullah Khomeini. Angkatan Belia Islam Malaysia. Jln Pantai Baru, Kuala Lumpur. Penterjemah Razali Hj. Nawawi. Hlm 117 Bab Pemerintahan Zalim.

10] Syiah Imamiyah Mazhab ke-5? Ibid. Halaman 119.

11] Khomeini. A Moderator or a Fanatic Shiite. Translated by Bilal Philips. Pustaka Usaha Murni. Kuala Lumpur. 1987. Hlm 44 dan 45.

12] Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah). Syeikh Muhibuddin Al-Khatib. Ibid. Halaman 44. Khomeini Revolusi Iran dan Aqidah Syiah. Ibid 158 dan 160.

13] Sikap Syiah terhadap sahabat Nabi. Ibid. Halaman 42. Doa ini dipersetujui oleh Khomeini.

14] Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah). Ibid. Hlm 18.

15] Hukum Ulama2 Islam Terhadap Syiah. Ibnu Umar. Virtue Publications. Kuala Lumpur 1987. Hlm 5. dipetik dari Al-Baa,at Al-Hathith Li Ibnu Kathir Bi Syarah Ahmad Syakir. Hlm 99-100.

Post a Comment

0 Comments