PESANAN ALLAHYARHAM DATO' ONN KEPADA ORANG MELAYU

"Orang Melayu sendiri sudah merasai demokrasi Bintang Tiga setahun dahulu daripada kerajaan yang mengaku konon terdiri dari tiga bangsa iaitu Cina, Melayu dan India, tetapi yang memerintah masa itu Cina sahaja. Di mana duduknya orang Melayu?" - Dato' Onn Jaafar, 1947

Ketahuilah wahai bangsaku.....

Yang benar-benar berusaha mahukan Tanah Melayu ini merdeka adalah bangsa Melayu. Sedangkan bangsa lain lebih senang untuk terus berada di bawah penjajah. Ini kerana mereka masuk ke tanah air kita ini ini atas bantuan penjajah. Ketahuilah, kitalah bangsa yang bersungguh-sungguh berusaha meminta dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air ini. Tapi disebabkan 'syarat' yang British berikan kepada orang Melayu agar memberikan kompromi politik kepada orang bukan Melayu sebagai salah satu tiket untuk mendapatkan kemerdekaan, maka orang Melayu terpaksa beralah. Ketahuilah, hatta PAS tatkala zaman kepimpinan Dr. Burhanuddin Helmi, adalah individu paling keras membantah pemberian kewarganegaraan kepada bangsa bukan Melayu.

Ketahuilah wahai pemerintahku sekalian,

Yang mempertahankan Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu untuk terus kekal berada diatas takhta adalah bangsa Melayu. Bukan disebabkan bangsa-bangsa lain. Ketahuilah bahawasanya, bangsa-bangsa lain yang satu ketika dahulunya itulah bangsa yang menjatuhkan sistem beraja di negara mereka. Bacalah sejarah wahai para penguasa! Ketahulah bahawasanya bangsa-bangsa lain lebih gemar dengan cadangan British mahu menjadikan Tanah Melayu ini sebagai Malayan Union. Yang mana hak raja-raja Melayu dihapuskan. Ini bukan soal perkauman! Ini adalah fakta!


See...Belum ada kuasa.. Semua nak dihalaunya.





Akhir kalam, bukan semua cina macam ni. Cina DAP jer...

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya setuju dan sokong dengan apa yang Dato onn cakap tapi saya tak setuju mengunakan semangat melayu untuk mempertahankan kerajaan yang korup yang di pimpin oleh Najib lanun , ada faham dak.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.