DOKTOR PAKAR 'SEKOLAHKAN' USTAZ GARA-GARA KES SAKIT GIGI

KLINIK GIGI BAGI APPOINTMENT TAHUN DEPAN?

Oleh : Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir*

Ini adalah contoh orang yang bercakap tanpa ilmu dan tidak bersyukur.

Saya tidak mengenali ustaz ini tetapi printscreen ini dikirimkan oleh rakan saya.

Beliau merungut tentang kawannya yang pergi ke klinik gigi kerajaan kerana sakit gigi dan bengkak gusi namun diberikan appointment tahun depan. Kemudian dia melalut cakap pasal kerajaan pau duit kiri kanan dan konon berkira nak berbelanja untuk kesihatan rakyat.

Pertama sekali, saya bukanlah doktor gigi. Namun ramai rakan2 saya adalah doktor gigi baik di kerajaan mahupun swasta.

Lebih utama lagi, saya sendiri pernah sakit gigi dan mendapatkan rawatan. Jadi saya tahu prosedurnya.

Sekitar tahun 2013, saya kena sakit gigi yang amat teruk. Hingga ke tahap bila lidah saya tersentuh gigi sikit saja pun rasa macam elektrik sakitnya. Saya tak boleh makan kerana bila terkena makanan saja sakitnya bukan kepalang.

Saya pergi ke Jabatan Bedah Mulut HKL dan Fakulti Pergigian UKM. Kedua2nya enggan cabut gigi saya pada masa itu. Depa kata, ada infection tak boleh cabut. Depa bagi antibiotik dan appointment untuk mai jumpa dalam 3 minggu selepas itu.

Masalahnya sakitnya terlalu dahsyat dan saya tak sabar. Jadi saya pergi ke 4 buah klinik pergigian swasta. Hanya pada klinik ke 4 sahaja, doktor tersebut sudi mencabut gigi saya. 3 klinik swasta lain memberikan jawapan yang sama, habiskan antibiotik dan mai jumpa depa balik lepas 1 minggu (appointment cepat di private). 

Saya tak tahan lagi kerana nak kerja dan tido pun x boleh lagi kerana sakit. So, doktor ke 4 di klinik swasta menjadi pilihan saya.

Hangpa tau apa yang jadi? Doktor tersebut injek bius hingga ke dos maksimum tapi langsung tak jalan! Sikit pun tak kebas walau aku tunggu utk 20 minit. Last2 lepas aku kata cabut saja, dia cabut hidup2 beb! Korang pernah kena cabut gigi tanpa ubat pelali tak? Itulah yang aku rasa. Ia sakit paling sakit yang aku pernah rasa dalam riwayat hidup aku. Semacho2 aku, air mata aku mengalir beb.

Keluar dari bilik rawatan aku rasa macam nak pitam. Aku baring kat kerusi pelanggan tunggu je. Kerani panggil bayar bil dan dia beri aku Ponstan 2 biji utk makan time tu bagi kurangkan sakit.

Ponstan je beb! Pain score aku 10 masa tu. Aku turun dari klinik dan menuju motosikal aku (masa kat KL mmg aku bawak motor utk elak jem). Mata aku kelam macam nak pengsan. Peluh2 sejuk keluar. Sakit mcm nak mampus! Aku terus duduk je tepi jalan tu dan call wife aku. Wife aku bawak aku balik, pasang jarum dan bagi aku Morphine di spital! Baru sakit aku kurang.

Baru aku faham kenapa kawan2 dental aku tak mau buat prosedur pada aku.

Ketika ada jangkitan aktif pada gigi, berkemungkinan ada nanah/abscess di bawah gigi/gusi yang akan menghalang tindakan local anesthesia yg disuntik. Sebab tu depa bagi antibiotik dan pain killer supaya kasi infection settle dan lepas tu plan cabut elok2. Kalau tak merana beb. Rasa macam nak tercabut nyawa.

Juga, segala prosedur invasive dental ketika jangkitan aktif mempunyai risiko merebaknya jangkitan ke anggota lain dalam mulut hingga masalah injap jantung seperti infective endocarditis. Oleh itu doktor gigi mmg amat berhati2 merawat dan memilih jalan paling selamat. Tapi kalau memandai macam aku, tanggunglah sendiri. Padan muka.

Ustad dalam gambar ni pertikai appointment yg diberi adalah pada tahun depan. Sebenarnya, bila dibaca komen di bawahnya ternyata appointmentnya hanya dalam 1 bulan setengah saja lagi (dah nak masuk 2016). Tempoh ini adalah tempoh yang agak cepat di hospital kerajaan memandangkan waiting list yang amat panjang. Doktor akan memilih kes berdasarkan priority kecemasan (urgency). Jika infection adalah teruk, appointment akan diawalkan (seperti kes saya 3 minggu). Jika appoinment diberi adalah 2 bulan mcm kes ni, nampak sangat infection x teruk sangat dan boleh tunggu.

Waiting list adalah panjang kerana harga maksimum untuk rawatan ini adalah hanya RM 50 (bagi kakitangan awam macam saya Free lagi). Lagipun ada kes2 complicated seperti Minor Oral Surgery (MOS) yang memakan masa yang panjang juga perlu dilakukan pada setiap hari. Memang jadual harian adalah padat dan tidak pernah kosong berlenggang tunggu pelanggan seperti klinik swasta.

Di private appointmentnya adalah 1 minggu. Waiting list tidak banyak kerana harga bagi rawatan ini adalah mencecah RM 800 hingga RM 1200! Rakan saya dentist di private siap gelak bila saya beri dia printscreen di bawah. Dia siap kata, "hantar patient tu pada aku. Kalau dia mengada2 lagi aku bagi nitrous oxide lagi. Boleh tambah charge jadi RM 2K. Bangsa tak geti bersyukur ni mmg kita kena charge lebih kata beliau."

So, ustad kalau nak cepat sangat, bawaklah rakan ustad tu pergi private. Nak buat hari yg sama pun boleh macam saya. Tapi tanggung le sendiri. Kih333.

#‎Kesimpulan:

1. Ustad cuba membuat persepsi bahawa gomen pau duit dan tak berbelanja untuk rakyat. 
Ustad banding le RM 50 (maksimum) dengan RM 1200. Subsidi sampai 95% beb! Lagi mau tanya berapa kerajaan berbelanja untuk rakyat?

2. Saya kira agak memalukan kerana seorang doktor seperti saya terpaksa mengajar seorang ustad supaya tidak kufur nikmat.

*Penulis merupakan Doktor Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka.

Komen Pena Minang :

Apa kaitan appointment date ngan bajet?

Contoh camnilah. Hang nak pinjam buku. Buku memang ada kat Library, tapi Librarian cakap hang kena tunggu sat, sebab buku yang hang nak pinjam ada orang lain pinjam. Hang dikira sebagai peminjam buku dalam 'waiting list'.

Dan menjadi 'waiting list' tak memerlukan perpustakaan mengeluarkan bajet tambahan untuk beli buku yang anda mahukan. 

Analoginya disini, tak ada kaitan jadi waiting list dengan bajet.

So please En. Rosli. Tunjukkan kebodohan tu dalam skala minima agar tidak menjejaskan title 'Ustaz' yang anda pakai tu.

Komen-komen daripada Netizen :


Post a Comment

3 Comments

  1. ni Ustat Enjin aje..x nk belajar ilmu kedoktoran islam..sbb sakit gigi tu ujian Allah..lain kali bnyakkan berzikirr bukan mencaci memgfitnah mencerca mengutuk dan jangan jadi seperti SUARA KALDAI

    ReplyDelete
  2. Inilah perangai jahiliyyah ostad PASngok Pakatan Haram.. Allah SWT uji sikit di ameroyan sampai ke Najib.. jd dia nampak duit dan politik itulah kuasa paling besar menyembuhkan sakit gigi nya?

    Ostad ini kufur dgn nikmat Allah.. dia mabuk dengan politik kotor yng disuntik dlm darah dagingnya.. sakit mcm tu sepatutnya banyak bersabar.. tapi dia kaitkan dengan bukan2..fitnah kerajaan.. suruh dia pergi ke Amerika tengok mcm mana kos perubatan hospital di sana..

    Ustad bodoh ini adalah contoh pencacai2 pakatan haram yg sibuk kerja meraka menghasut supaya rakyat terus tidak bersyukur dan mencari2 kesalahan. Bg nya kalau Pakatan Haram perintah malaysia ini akan jd spt sorga??

    Mau ludah atas muka org mcm ni.. tak malu letak title ustaz julang diri sndiri tp jiwa penuh dengan mazmumah wahai Rosli ngok!

    ReplyDelete
  3. Kesakitan yang luar biasa menarik penghidapnya mendapatkan rawatan. Kalau sakit biasa, selalunya telan panadol memadai.

    Ini bermakna kesediaan maju ke depan menampakkan penghidap sememangnya dalam kesakitan dan percaya tempat yang dituju mampu menyelesaikan masalah dihidapi Harapannya sudah tentu pada kadar segera.

    Kekecewaan akan terbina sekiranya harapan berkenaan tidak ditunaikan. Namun sekiranya diterangkan secara jelas dan meyakinkan kenapa harapan itu tidak dapat ditunaikan pada waktu itu tetapi hanya selepas itu, ia tidak dapat tidak terpaksa ditelan meskipun pahit.

    Tidak dinafikan, adakalanya pihak yang diminta pertolongan tidak dapat menolong atas sebab tertentu. Namun menjadi tanggungjawab moral pihak penolong untuk memberikan pencerahan bagi mengelak kekeliruan.

    "... kami minta berbanyak maaf, perkhidmatan dipinta tidak dapat dihulurkan sekarang kerana....tetapi ianya akan diberikan pada sekian sekian hari...silalah kembali sekiranya bantuan masih diperlukan"

    Kalau begitulah ayatnya, peminta pertolongan mungkin tidak berasa hampa dan meskipun terpaksa pulang dulu, harapan masih ada dan apa yang diperlukan hanyalah kesabaran.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.