PETRONAS & QU PUTEH


Oleh : Jebat

1. Aku membaca permintaan Tuan Puteri "Qu Puteh" yang mahukan bahawa nama pasukan Kelantan @ The Red Warriors ditukarkan kepada nama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

2. Secara prinsipnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, mempunyai hak untuk membuat permohonan berkenaan. Ini kerana, sudah menjadi lumrah penaja sesebuah pasukan, mahukan 'brand' mereka turut sama terjual tatkala menaja sesebuah pasukan.

3. Sebenarnya permintaan CEO Qu Puteh ni bukanlah satu benda yang baru. Petronas misalnya, juga menetapkan kepada pasukan yang ditaja agar akur dengan meletakkan 'brand' nama Petronas sebagai nama rasmi pasukan formula satu tajaan mereka.

4. Bermula dengan menaja pasukan Sauber sebagai penaja sampingan, Petronas mula menaja pasukan Sauber F1 Team (Sebelum ni hanya dikenali sebagai Red Bull Sauber) pada tahun 1995, dan mempertingkatkan penajaan sehingga 'brand' Petronas turut sama termasuk dalam nama rasmi pasukan berkenaan : Red Bull Sauber Petronas.

5. Hanya selepas pasukan Sauber dibeli oleh BMW, 'brand' Petronas digugurkan. (Hanya dikenali dengan nama BMW Sauber F1 Team.)
6. Selepas memutuskan untuk menamatkan penajaan dengan pasukan yang berpengkalan di Zurich, Swiss. Petronas mula mencari pasukan baru, dengan menaja pula pasukan Mercedes AMG yang telah mengambil alih pasukan BrawnGP.

7. Dengan menjadi penaja utama kepada pasukan berkenaan, 'brand' Petronas sekali lagi dijadikan nama rasmi pasukan yang berpengkalan di Brackley, Northamptonshire, Britain.

8. Jadi apa yang diminta oleh Datuk Seri Dr Hasmiza Othman ni bukanlah satu perkara yang luar biasa. Sebaliknya ini adalah amalan kebiasaan. Cuma dalam hal ini, mampukah Kelantan FA melenturkan 'ego jantan' mereka dan menerima permintaan CEO Vida Beauty Sdn Bhd ini???

9. Kita tunggu dan lihat.


10. Apa-apa pun, Tahniah kepada Datuk Seri Dr Hasmiza kerana menjadi pencetus kebangkitan produk kecantikkan dalam menaja pasukan-pasukan bola sepak tempatan

Post a Comment

0 Comments