Oleh : Ustaz Ammi Nur Baits
Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, wa ba’du,
Keterangan bahawa surah al-Ikhlas bernilai 1/3 Al-Quran bersumber dari hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Abu Said al-Khudri radhiallahu ‘anhu menceritakan,
Di suatu malam, ada seorang sahabat yang mendengar temannya membaca surat al-Ikhlas dan diulang-ulang. Pagi harinya, sahabat ini melaporkan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, dengan nada sedikit meremehkan amalnya. Kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
Dalam hadis lain, dari Abu Darda’ radhiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya kepada para sahabat,
أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ فِى لَيْلَةٍ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
Mereka bertanya, ‘Bagaimana caranya kita membaca 1/3 al-Quran?’
Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan,
(قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) يَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ
Makna al-Ikhlas 1/3 al-Quran
Dalam al-Quran, ada 3 pembahasan pokok:
[1] Hukum, seperti ayat perintah, larangan, halal, haram, dan sebagainya.
[2] Janji dan ancaman, seperti ayat yang mengupas tentang syurga, neraka, balasan, termasuk kisah orang soleh dan kebahagiaan yang mereka dapat dan kisah orang jahat, serta kesengsaraan yang mereka dapat.
[3] Berita tentang Allah, iaitu semua penjelasan mengenai nama dan sifat Allah.
Surah al-Ikhlas yang penuh dengan kemurnian ini membahaskan masalah tauhid, bercerita tentang siapakah Allah Ta’ala, maka kandungan makna surat ini menyapu 1/3 bahagian dari al-Quran.
Kita semak keterangan al-Hafiz Ibnu Hajar,
قوله ثلث القرآن حمله بعض العلماء على ظاهره فقال هي ثلث باعتبار معاني القرآن لأنه أحكام وأخبار وتوحيد وقد اشتملت هي على القسم الثالث فكانت ثلثا بهذا الاعتبار
Penjelasan kedua,
Bahawa isi quran secara umum boleh dibahagikan kepada 2 bahagian:
[1] Kalimat Insya’ (bukan berita): berisi perintah, larangan, halal-haram, janji dan ancaman, dan sebagainya.
[2] Kalimat khabar (berita): dan berita dalam al-Quran dibahagikan kepada 2 :
[a] Berita tentang makhluk: kisah orang masa silam, baik orang soleh mahupun orang jahat.
[b] Berita tentang khaliq: penjelasan tentang siapakah Allah, berikut semua nama dan sifat-Nya.
Mengingat surat al-Ikhlas hanya berisi berita tentang Allah, maka surah ini menyapu sepertiga makna al-Quran.
Al-Hafidz Ibnu Hajar mengatakan,
ولذلك عادلت ثلث القرآن لأن القرآن خبر وإنشاء والإنشاء أمر ونهي وإباحة والخبر خبر عن الخالق وخبر عن خلقه فأخلصت سورة الإخلاص الخبر عن الله
Pahalanya Senilai Membaca 1/3 al-Quran
Allah dengan rahmat dan kasih sayang-Nya memberikan pahala ibadah kepada hamba-Nya dengan nilai yang beraneka ragam. Ada ibadah yang diberi nilai besar dan ada yang dinilai kecil. Sesuai dengan hikmah Allah. sehingga, umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam yang usianya relatif pendek, boleh mendapatkan pahala besar tanpa harus melakukan amal yang sangat banyak.
Umat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam diberi oleh Allah lailatul qadar, yang nilainya lebih baik dari pada 1000 bulan. Ada juga masjidil haram, siapa yang solat di sana dinilai 100,000 kali solat. Kemudian surah al-Ikhlas, siapa membacanya sekali, dinilai mendapatkan pahala membaca 1/3 al-Quran.
Dan Allah Maha Kaya untuk memberikan balasan apapun kepada hamba-Nya sesuai yang Dia kehendaki.
Senilai dalam Pahala BUKAN Senilai dalam Amal
Kami ingatkan agar kita membezakan antara al-Jaza’ dengan al-ijza’.
Al-jaza’ (الجزاء) ertinya senilai dalam pahala yang dijanjikan
Al-Ijza’ (الإجزاء) ertinya senilai dalam amal yang digantikan.
Membaca surah al-Ikhlas mendapat nilai seperti membaca 1/3 al-Quran maknanya adalah senilai dalam pahala (al-Jaza’). Bukan senilai dalam amal (al-Ijza’).
Sehingga, misalnya ada orang yang bernazar untuk membaca satu al-Quran, maka dia tidak boleh hanya membaca surat al-Ikhlas 3 kali, kerana keyakinan senilai dengan satu al-Quran. Perbuatan ini tidak boleh. Kerana dia belum dianggap membaca seluruh al-Quran, meskipun dia mendapat pahala membaca satu al-Quran.
Sebagaimana ketika ada orang yang solat 2 rakaat solat wajib di masjidil haram. Bukan berarti setelah itu dia boleh tidak perlu solat selama 50 puluh tahun kerana sudah memiliki pahala 100,000 kali solat wajib.
Benar dia mendapatkan pahala senilai 100,000 kali solat, tapi dia belum disebut telah melaksanakan solat wajib selama puluhan tahun itu.
Berbeza dengan amal yang memenuhi al-Ijza’, seperti solat Jumaat, yang dia menggantikan solat zuhur. Sehingga orang yang solat Jumaat tidak perlu solat zuhur. Atau orang yang tayammum kerana uzur, dia tidak perlu untuk wudhu, kerana tayammum senilai dengan amalan wudhu bagi orang yang ada keuzuran.
Syaikhul Islam mengatakan,
فالقرآن يحتاج الناس إلى ما فيه من الأمر والنهي والقصص ، وإن كان التوحيد أعظم من ذلك، وإذا احتاج الإنسان إلى معرفة ما أُمر به وما نهي عنه من الأفعال أو احتاج إلى ما يؤمر به ويعتبر به من القصص والوعد والوعيد : لم يسدَّ غيرُه مسدَّه ، فلا يسدُّ التوحيدُ مسدَّ هذا ، ولا تسدُّ القصص مسدَّ الأمر والنهي ولا الأمر والنهي مسدَّ القصص ، بل كل ما أنزل الله ينتفع به الناس ويحتاجون إليه
Lalu beliau mengatakan,
فإذا قرأ الإنسان { قل هو الله أحد } : حصل له ثوابٌ بقدر ثواب ثلث القرآن لكن لا يجب أن يكون الثواب من جنس الثواب الحاصل ببقية القرآن ، بل قد يحتاج إلى جنس الثواب الحاصل بالأمر والنهي والقصص ، فلا تسد { قل هو الله أحد } مسد ذلك ولا تقوم مقامه
Allahu a’lam.
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.