Oleh : Ustaz Ammi Nur Baits
Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,
Ada beberapa dalil yang menunjukkan celaan bagi orang gemuk kerana banyak makan. Diantaranya,
Dari Imran bin Hushain Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
خَيْرُكُمْ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ، إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ، وَيَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ، وَيَنْذِرُونَ وَلاَ يَفُونَ، وَيَظْهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ
Dalam riwayat lain, dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
خَيْرُ أُمَّتِى الْقَرْنُ الَّذِينَ بُعِثْتُ فِيهِمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ… ثُمَّ يَخْلُفُ قَوْمٌ يُحِبُّونَ السَّمَانَةَ، يَشْهَدُونَ قَبْلَ أَنْ يُسْتَشْهَدُوا
Keterangan al-Qurthubi (w. 671 H)
Ketika menyebutkan hadis di atas, beliau mengatakan,
وهذا ذم. وسبب ذلك أن السمن المكتسب إنما هو من كثرة الأكل والشره، والدعة والراحة والأمن والاسترسال مع النفس على شهواتها، فهو عبد نفسه لا عبد ربه، ومن كان هذا حاله وقع لا محالة في الحرام
Allah mencela orang kafir yang hidupnya hanya makan, seperti binatang. Allah berfirman,
وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَهُمْ
Al-Qurthubi juga menegaskan, tradisi banyak makan, hobi memasak, adalah kebiasaan orang kafir. Beliau melanjutkan,
وقد ذم الله تعالى الكفار بكثرة الأكل فقال: {وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوىً لَهُمْ} فإذا كان المؤمن يتشبه بهم، ويتنعم بتنعمهم في كل أحواله وأزمانه، فأين حقيقة الإيمان، والقيام بوظائف الإسلام؟! ومن كثر أكله وشربه كثر نهمه وحرصه، وزاد بالليل كسله ونومه، فكان نهاره هائما، وليله نائما
Kerana itu, apabila ada orang mukmin yang meniru tradisi mereka, dan menikmati segala kenikmatan dunia setiap saat, lantas dimana hakikat imannya dan pelaksanaan Islam pada dirinya?! Barangsiapa yang banyak makan dan minum, maka dia akan semakin rakus dan tamak, bertambah malas dan banyak tidur di malam hari. Siang harinya dipakai untuk makan dan minum, sedangkan malamnya hanya untuk tidur. (Tafsir al-Qurthubi, 11/67).
Hadis lain yang menunjukkan celaan bagi gemuk,
Dari Ja’dah bin Khalid, bahwa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melihat ada orang gendut / boncet . Kemudian Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menunjuk perutnya,
لَوْ كَانَ هَذَا فِي غَيْرِ هَذَا لَكَانَ خَيْرًا لَكَ
Kemudian dalam hadis dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhuma,
Suatu ketika ada orang bersendawa di dekat Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Lalu beliau menegurnya,
كفّ عنا جُشاءك ، فإنَّ أكثرهم شبعاً في الدنيا أطولُهم جوعاً يوم القيامة
Kemudian, disebutkan pula dalam hadis dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam menceritakan salah satu contoh manusia yang disiksa di hadapan seluruh makhluk,
إِنَّهُ لَيَأْتِي الرَّجُلُ العَظِيمُ السَّمِينُ يَوْمَ القِيَامَةِ، لاَ يَزِنُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ، وَقَالَ: اقْرَءُوا {فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا}
(HR. Bukhari 4729 & Muslim 7222).
Ketika menyebutkan hadis di atas, an-Nawawi mengatakan,
“لايزن عند الله جناح بعوضة” أى لايعدله فى القدر والمنزلة أى لاقدر له وفيه ذم السمن
Celaan Imam as-Syafii kepada Orang Gemuk
Dari Hasan bin Idris al-Halwani menyatakan bahawa beliau mendengar komentar Imam as-Syafii tentang orang gemuk,
ما أفلح سمين قط إلا أن يكون محمد بن الحسن
Beliau ditanya, “Mengapa demikian?”
Jawab beliau,
لأن العاقل لا يخلو من إحدى خلتين إما أن يغتم لآخرته ومعاده أو لدنياه ومعاشه والشحم مع الغم لا ينعقد فاذا خلا من المعنيين صار في حد البهائم فيعقد الشحم
Gemuk yang Tidak Tercela
Bahagian ini yang bagi mereka yang dikecualikan, yakni individu yang gemuk tetapi tidak tercela. Gemuk bukan kerana malas-malasan, dan bukan kerana terlalu banyak makan. Dia tetap menjadi pahlawan bagi umat, dan berusaha melakukan aktiviti yang bermanfaat. Sebagaimana yang dialami Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam di penghujung usia beliau dan beberapa sahabat lainnya.
Aisyah menceritakan,
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يُوتِرُ بِتِسْعِ رَكَعَاتٍ فَلَمَّا بَدَّنَ وَلَحُمَ صَلَّى سَبْعَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ
Bahwa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan witir 9 rakaat, setelah beliau mulai gemuk dan berdaging, beliau solat 7 rakaat. Kemudian solat 2 rakaat sambil duduk. (HR. Ahmad 26651 dan Bukhari 4557).
Dari Hasan bin Ali Radhiyallahu ‘anhuma,
Saya bertanya kepada bapa saudaranya, Ibnu Abi Halah tentang ciri fizikal Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau mengatakan,
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم فخما مفخما
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam orang yang badannya besar. (as-Syamail al-Muhammadiyah Turmudzi, 1/34).
Sebagian menafsirkan kata: fakhman mufakhaman dengan gemuk.
Mula Ali Qori mengatakan,
وَأَمَّا مَا وَرَدَ أَنَّ اللَّهَ يُبْغِضُ السَّمِينَ ; فَمَحْمَلُهُ إِذَا نَشَأَ عَنْ غَفْلَةٍ وَكَثْرَةِ نِعْمَةٍ حِسِّيَّةٍ كَمَا يَدُلُّ عَلَيْهِ رِوَايَةُ يُبْغِضُ اللَّحَّامِينَ
Riwayat yang menunjukkan bahawa Allah membenci orang gemuk, difahami jika gemuk ini terjadi kerana kelalaian, terlalu banyak menikmati kenikmatan lahiriah, sebagaimana yang ditunjukkan dalam riwayat tentang kebencian bagi orang boncet. (Jam’ul Wasail fi Syarh as-Syamail, 1/34).
Allahu a’lam.
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.