Sultan Mahmood tidak mempunyai waris yang sah dan oleh itu pengurusan dan pentadbiran Johor berpindah kepada Dinasti Bendahara iaitu menteri-menteri yang membantu Dinasti Kesultanan Melaka. Oleh sebab perperangan dan bagi mengekalkan kuasa perdagangan, ibu negeri Johor berpindah sebanyak 20 kali di sepanjang Sungai Johor termasuk pada akhirnya di Kepulauan Riau. Dalam tahun 1769 Sultan Mahmood lll diangkat sebagai Sultan Johor Riau.
Baginda melantik Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor. Inggeris mengiktiraf Temenggong Abdul Rahman Ibni Temenggong Abdul Hamid sebagai Temenggong Johor Singapura. Perlantikan ini merupakan titik permulaan Dinasti Temenggong memerintah Johor.
Inggeris seterusnya melantik Sultan Husain anakanda Sultan Mahmood sebagai Sultan Johor Singapura pada tahun 1819. Anakanda Temenggong Abdul Rahman iaitu Temenggong Daeng Ibrahim dilantik Temenggong Johor selepas kemangkatan ayahanda nya pada 1825. Perlantikan Baginda disahkan 14 tahun selepas kemangkatan ayahanda Baginda disebabkan keengganan Inggeris dan keraguan Sultan Husain.
Pada 10 Mac 1855 Sultan Johor iaitu Sultan Ali Iskandar Shah telah menyerahkan keseluruhan kerajaan dan negeri Johor melainkan jajahan Kesang kepada Temenggong Ibrahim melalui satu perjanjian. Kemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun 1877 menandakan tamat pemerintahan Dinasti bendahara. Setelah mempunyai ketuanan Johor, Temenggong Daeng Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjong Puteri pada tahun 1855. Bermula dari tarikh itu zahirlah pentadbiran kesultanan Johor moden diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim dan diperkasa dan diperkukuhkan oleh Sultan Abu Bakar.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.