Macam mana nak buat hudud di Malaysia? Oleh : Jebat 1. Kita perlukan 2/3 suara parlimen untuk ubah perlembagaan. 2. Dah dapat 2/3 nak buat apa? Buat usul kembalikan kuasa raja / sultan kepada kedudukan asalnya dengan ketetapan Sultan dan Raja-Raja Melayu diberikan kuasa mutlak. 3. Lepas dah kembali nak buat apa? 4. Yang Dipertuan Agong bubarkan parlimen termasuk bubarkan Suruhanjaya Pilihanraya. 5. Lepas dah bubar nak buat apa? Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu boleh bermesyuarat untuk memikirkan langkah menubuhkan Dewan Majlis Penasihat Diraja Raja-Raja Melayu. 6. Peranan Dewan Majlis Penasihat Diraja Raja-Raja Melayu ini berperanan sebagai merangka perlembagaan baru. 7. Keahlian dalam Dewan Penasihat Majlis Penasihat Diraja Raja-Raja dipilih bersandarkan kepada kepakaran individu tertentu dalam bidang masing-masing. 8 . Selepas Perlembagaan baru selesai, maka Majlis Raja-Raja Melayu boleh buat perintah untuk pewartaan. 9. Lepas dah warta, maka segala undang-undang mengenai Syariah boleh dipinda dan ditambah baik selaras dengan Al-Quran dan Sunnah tanpa perlu mendengar suara-suara orang bukan ISLAM atau orang ISLAM yang jahil mengenai ISLAM. Dengan kuasa mutlak maka tak sapa boleh bantah kalau Majlis Raja-Raja Melayu dah buat keputusan. Sebab negara kita pun dah tak jadi demokrasi dah... Ini jer cara untuk buat hudud kat Malaysia ni. Sebab kalau korang kaji betul-betul, Hudud yang tulen ni hanya wujud kat Arab Saudi yang rajanya berkuasa mutlak... Wakakakkakkakakak Alang-alang nak ubah! Ubah semua sekali... Ubah!!! Ini kalilah!
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.