Oleh : Jebat
Tatkala terjadinya insiden tembakan di kelab Homoseksual di Orlando, Amerika Syarikat, banyak benda yang boleh kita lihat.
1. Kegagalan polisi pengawalan senjata api di Amerika Syarikat
2. Kedudukan umat Islam terhadap tindakan DAESH
3. Kedudukan umat Islam terhadap menyatakan simpati kepada mangsa Homoseksual.
Mengapa 3 perkara ini?
1. Kita semua tau bahawa Amerika Syarikat merupakan negara yang menghalalkan rakyatnya memiliki senjata api. Dan kita tau bahawa tatkala Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama cuba membawa polisi baru untuk mengawal penjualan senjata api, ada diantara rakyat Amerika Syarikat yang tidak bersetuju malah dikalangan ahli kongres sendiri pun berbalah untuk menghadkan / melarang penjualan senjata api secara terbuka. Jadi, apa yang berlaku pada hari ini adalah kesan dari tindakan kongres sendiri yang tidak bersetuju dengan polisi pengawalan senjata api di Amerika (Rujuk : http://www.vox.com/2016/6/13/11921578/obama-warned-orlando-nra-fbi-terrorists-guns)
2. Namun itu bukanlah isu utama yang aku nak sentuh, sebaliknya adalah apakah respon yang perlu diambil oleh orang ISLAM tatkala insiden ini berlaku?
3. Aku dapati wujud suatu dilemma dikalangan kaum Muslimin, samada adakah mereka perlu menyokong perbuatan pembunuhan tersebut atau bersimpati dengan kejadian berkenaan. Adakah apabila mereka menyokong perbuatan (pembunuhan berkenaan) maka mereka akan digelarkan sebagai penyokong keganasan? Atau apakah mereka akan digelarkan penyokong LGBT kerana menzahirkan rasa simpati kepada mereka yang terbunuh?
4. Oleh itu aku merasakan perlu bagi umat ISLAM kembali kepada merujuk kepada Al-Quran yang telah memberikan petunjuk dalam menangani isu-isu semacam ini.
5. Jika anda membaca Al-Quran (dan jika anda kaji sedalam-dalamnya), anda akan temui bahawa Nabi Luth diperintahkan oleh ALLAH untuk keluar dari negeri GAY a.k.a Homoseksual tersebut. Baginda tidak diperintahkan untuk memerangi, menyerang atau membunuh mereka - Kelompok Homoseksual - (di negeri yang kaum Muslimin tidak mempunyai kuasa). Sebaliknya Nabi Luth A.S diperintahkan untuk meninggalkan negeri berkenaan.
5. Mereka dihapuskan oleh ALLAH dengan cara yang telah ALLAH tetapkan (yang mana ALLAH telah menterbalikkan bumi dan mereka dihujani dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi mengenai mereka). Dan pada zaman ini, kelompok yang sama turut mendapat Azab, walaupun mungkin tidak sama dari aspek fizikalnya, namun kesan tetap sama iaitu kematian. Kita semua tau bahawa aktiviti homoseksual ini boleh memberikan penyakit yang boleh menyebabkan kematian mereka secara sendirinya : rujuk : http://www.cdc.gov/hiv/group/msm/ & http://www.nzaf.org.nz/getting-tested/testing-month/hiv-risk-for-gay-men/).
6. Hatta apabila di negeri yang mana kaum Muslimin berkuasa, urusan ke atas kaum ini diserahkan kepada pemerintah, bukannya kepada orang awam. Sebab dalam ISLAM, rakyat bukannya hakim negara! Sebaliknya hakim adalah mereka-mereka yang telah diberikan tanggungjawab dalam perjawatan berkenaan.
7. Aku tak menyokong perbuatan pihak yang membunuh, dan dalam masa yang sama aku tak menyokong aktiviti homoseksual! Dan seharusnya umat Islam berusaha menjauhkan diri mereka dari kedua-dua kumpulan berkenaan.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. [at-Tahrîm/66:6]
8. Dan jangan sembang dengan aku soal hak asasi manusia tatkala hak ALLAH sendiri kau nafikan.
9. LGBT adalah penyakit!
9. Akhir kalam, berfikir sedalam-dalamnya sebelum menyokong mana-mana pihak.
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.