Oleh : Jebat

Arab Saudi pun pernah kena tuduh terlibat dalam siri serangan 911 oleh U.S Department of Justice.

Malah dalam laporan '911 commission report' terdapat 28 muka surat yang 'diharamkan untuk diterbitkan' selama 14 tahun, yang mana menjadi 'modal' pelobi dan pembenci Saudi untuk mengaitkan negara tauhid berkenaan dengan serangan pengganas 911.

Mereka memfitnah Arab Saudi dengan bermacam-macam fitnah sehingga Arab Saudi terpaksa melaporkan setiap transaksi kewangan amal mereka (a.k.a Derma) secara terbuka (Satu perkara yang tidak gemar dilakukan oleh Arab Saudi adalah mengumumkan sumbangan mereka secara terbuka. Sila rujuk buku berjudul "A Country and A Citizen for Happy, Decent Life, terbitan Kementerian Penerangan Arab Saudi m/s : 40).

Ternyata, 28 muka surat tu dah 'declassified', baru-baru ini tidak membuktikan sebarang perkaitan Arab Saudi dengan serangan 911.

Jadi, Amerika punya kenyataan ni tak yah percaya sangat. Ingatlah dulu, mereka pernah tuduh Iraq mempunyai 'weapon of mass destruction - (WMD)'. Namun bila negara tu dah musnah, barulah mereka akui bahawa mereka tersilap.

Apa-apa pun berhati-hatilah dalam menilai berita. Terutama sekali media yang pernah menuduh pendakwah Islam terkenal sebagai seorang pengganas.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Artikel ini telah terpapar di ruangan FB Abu Taqiyuddin pada 21 Julai 2016