DUTA BRITAIN DAN ARTIS RAP ANTARA YANG JADI JEMAAH HAJI MUSIM 1437H / 2016

Oleh : Jebat

Haji tahun mencatatkan pelbagai cerita menarik. 

1. Perjalanan Haji paling aman. Sebabnya tak ada jemaah dari Iran (secara rasmi). Tetapi sebenarnya, ada gak yang datang secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kerajaan mereka. Tapi yang kali ni datang tak ramai, jadi tak ada sebarang berita rempuhan segala bagai macam tahun lepas.

2. Duta Besar Britain ke Arab Saudi, Simon Collins menjadi Duta Pertama British yang menunaikan Haji. Sebelum berkhidmat di Arab Saudi, beliau pernah menjadi duta di Doha (Qatar) dari tahun 2005-2007, Damascus (Syria) dari tahun 2007 sehingga 2012 dan Baghdad (Iraq) dari tahun 2012 hingga 2014. Beliau mula dilantik menjadi Duta Besar Britain ke Arab Saudi bermula Januari 2015. - Gulf News

3. Rappers Kevin Gates pun sama pi Haji. Video kat bawah ni.




Semoga aku pulak yang akan jadi tetamu ALLAH untuk musim haji tahun depan. Doakan aku ye kengkawan!

Post a comment

0 Comments