ALI ABDULLAH SALEH : PENGHANCUR YAMAN

Oleh : Jebat

1. Nama dia adalah Ali Abdullah Saleh. Beliau merupakan Presiden Yaman pertama (pasca penyatuan Yaman Utara dan Yaman Selatan pada tahun 1990)

2. Memerintah selama 22 tahun. Apa kelulusan pendidikan dia? Well, dia hanyalah seorang tentera yang naik pangkat dari prebet sampai general dalam Tentera Yaman utara. Aku tanya orang Yaman, apakah taraf pendidikan Ali, depa kata, Ali ni kelulusan dia takat standard Darjah 6 kalau ikut sistem sekolah Malaysia.

3. Pernah melancarkan perang terhadap Houthi pada tahun 2004 sehingga 2009 (pada tahun 2009 dengan bantuan tentera Saudi).

4. Rekod Ali Abdullah Saleh ketika era kepimpinannya ni pun agak teruk. Semua projek dan jawatan-jawatan besar dalam kerajaan, ahli keluarga dan kroni-kroninya yang pegang.

5. Camna dia jatuh? Dia dijatuhkan melalui demonstrasi besar-besaran yang berlaku pada 2011 (Arab Spring) yang dianjurkan oleh kelompok anak muda yang terpengaruh dengan revolusi di Tunisia. Malah Houthi pun tukar 'tune' dari gunakan senjata untuk jatuhkan kerajaan, kepada jalan 'demokrasi' melalui demonstrasi. 

6. Ali Abdullah Saleh ni pun hampir mati terbunuh gara-gara kediamannya di bom. Tapi nyawa dia panjang. Dia diselamatkan oleh Raja Abdullah (Arab Saudi) dan dirawat di Riyadh.

7. Setelah berbincang panjang dengan Raja Abdullah, Saleh akhirnya meletakkan jawatan setelah Raja Abdullah dan pemimpin negara-negara GCC beri imuniti dan jaminan bahawa dia dan ahli keluarganya tidak akan didakwa ke mana-mana mahkamah. Ali bersetuju dan pada tahun 2012 dia serahkan jawatan Presidennya kepada timbalannya, Abdu Rabbo Mansour Al-Hadi.

8. Namun tah camna, pada 2014 berlaku pemberontakan Houthi. Presiden Hadi tak mampu nak kekang kemaraan pengganas Houthi yang turut mendapat bantuan daripada Iran dari menuju ke Sana'a ekoran arahan tidak diendahkan oleh tentera. Ini kerana hampir separuh daripada general tentera Yaman masih setia dengan mantan Presiden Ali Abdullah Saleh - Sebab yang naikkan mereka jadi general pun, dia gak...

9. Pendek cerita. Antara salah satu punca pergolakkan yang terjadi di Yaman ini juga adalah sikap mantan Presiden Yaman yang terdahulu. Dia sabotaj keamanan negaranya. Dan menariknya, Houthi yang satu ketika dahulu menjadi musuh politiknya, kini menjadi sahabat baik kepadanya. 

10. Jadi sekarang ni, aku ajak korang berfikir panjang. Bayangkan jika demonstrasi tidak berlaku pada 2011? Apa korang fikir Yaman akan bergolak teruk ke pada hari ini? Maka benarlah kata-kata Ibnu Abil ‘Izz yang menyatakan;

“Hukum mentaati pemimpin adalah wajib, walaupun mereka berbuat zalim (kepada kita). Jika kita keluar dari mentaati mereka maka akan timbul kerosakan yang lebih besar dari kezaliman yang mereka perbuat. Bahkan bersabar terhadap kezaliman mereka dapat melebur dosa-dosa dan akan melipat gandakan pahala. Allah Ta’ala tidak menjadikan mereka berbuat zalim selain disebabkan kerana kerosakan yang ada pada diri kita juga. Ingatlah, yang namanya balasan sesuai dengan amal perbuatan yang dilakukan (al jaza’ min jinsil ‘amal). Oleh kerana itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh dalam istigfar dan taubat serta berusaha memperbetulkan amalan kita.

Perhatikanlah firman Allah Ta’ala berikut,

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Asy Syura [42] : 30)

أَوَلَمَّا أَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةٌ قَدْ أَصَبْتُمْ مِثْلَيْهَا قُلْتُمْ أَنَّى هَذَا قُلْ هُوَ مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِكُمْ

“Dan mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada peperangan Uhud), padahal kamu telah menimpakan kekalahan dua kali ganda kepada musuh-musuhmu (pada peperangan Badar), kamu berkata: “Dari mana datangnya (kekalahan) ini?” Katakanlah: “Itu dari (kesalahan) dirimu sendiri”.” (Ali Imran [3] : 165)

مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ

“Apa saja ni’mat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri.” (An Nisa’ [4] : 79)

Allah Ta’ala juga berfirman,

وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan.” (Al An’am [6] : 129)

Apabila rakyat menginginkan terbebas dari kezaliman seorang pemimpin, maka hendaklah mereka meninggalkan kezaliman.

(Inilah nasehat yang sangat bagus dari seorang ulama Robbani. Lihat Syarh Aqidah Ath Thohawiyah, hal. 381, Darul ‘Aqidah)

11. Kesimpulan : Jangan jadi bodoh macam kumpulan anak muda dan sebahagian rakyat Yaman yang terlalu ikut nafsu dan perasaan amarah, Sekian.

#DemonstrasiHARAM
#Read
#Research
#Learn

Post a Comment

0 Comments