Oleh : Jebat
1. Hari tu aku dah bagi tau kat korang kan mengenai Ali Abdullah Saleh dan tindakan beliau yang sanggup bersama Houthi Syiah (disokong oleh Iran) menjatuhkan kerajaan Yaman yang sah.
2. Jadi hari ini aku nak cerita sikit cita-cita Saleh ni. Dia ni berkeinginan nak naikkan anak dia, Ahmed Saleh, sebagai penggantinya. Tapi plan tak menjadi gara-gara Arab Spring (yang memaksa beliau menyerahkan jawatan kepada timbalannya, Abdu Rabbo Mansour Al-Hadi - Yang kini merupakan Presiden Sah Yaman).
3. Jadi bila Hadi naik jadi Presiden, antara benda yang dia lakukan adalah penstukturan semula tentera Yaman. Dimana pasukan 'Republican Guard' atau Pengawal Kebangsaan Yaman dihapuskan. Secara amnya Republican Guard ni macam 'private military' pada Ali Abdullah Saleh la, dimana anaknya Ahmed Saleh adalah komander dalam pasukan berkenaan.
4. So bila dah tak ada jawatan. Mana anak dia nak dicampak? Abdu Rabbo Mansour Al-Hadi lantik Ahmed Saleh jadi Duta Yaman ke UAE. Tapi walaupun Republican Guard dah dihapuskan dan kekuatan anggotanya diserapkan ke dalam pasukan tentera Yaman, pengaruh Ahmed Saleh masih besar.
5. Pendek cerita, Ali Abdullah Saleh melihat tindakan Abdo Rabbu Mansour Al-Hadi ni dilihat cuba mengurangkan pengaruhnya dalam kerajaan la. Sebab bila dia dah tak ada Republican Guard, macam mana dia nak kekalkan pengaruh dalam kerajaan dan mengatur anaknya untuk jadi Presiden Yaman seterusnya?
6. Jadi, dia berpakat la dengan Houthi, yang satu masa dahulu pernah menjadi musuhnya. Saleh yang pengaruhnya masih besar dalam tentera Yaman menggunakan sisa kekuatan pengaruhnya itu, meminta general-general tentera Yaman yang diangkat olehnya pada satu masa dahulu agar 'ignore' arahan Presiden Hadi apabila Houthi memulakan serangan. Cam biasa, ada yang setuju dan ada yang tak setuju. Maka disitu, tentera Yaman dah berpecah kepada dua dengan kekuatan 50/50. General yang tak setuju dengan Saleh, mereka bersama Hadi mempertahankan kerajaan hadi. Manakala yang setuju dengan Saleh, bersama dengan Saleh. Lepas tu, general tentera yang bersama Saleh aktifkan semula Republican Guard. So, secara teknikalnya, keadaan dah tak stabil.
7. General yang belot ni, ikut arahan Saleh yang berpakat dengan Syiah Houthi. Maka, kesemua rahsia kerajaan terbongkar terutama sekali dalam aspek kekuatan persenjataan, pelancar roket dan lain-lain. Malah tentera Pro-Saleh ni sanggup berikan kemudahan senjata mereka kepada Houthi. Malah ketika mereka cuba menawan Aden, tentera Udara Yaman (Pro Saleh) telah mengebom bandar berkenaan bagi membolehkan Houthi mara ke kawasan berkenaan. Dalam sesetengah kes pula, tentera Yaman Pro Saleh memberika kemudahan kepada Houthi untuk melancarkan misil ke kawasan-kawasan yang Houthi mahukan. Sepertimana yang kita tau baru-baru ini, Houthi telah melancarkan peluru berpandu ke wilayah Makkah (Taif) tapi dapat dipintas oleh pasukan pertahanan udara Arab Saudi.
8. Kesemua tindakan yang dilakukan oleh Saleh ini adalah disebabkan rasa marahnya kepada bekas timbalannya yang dilihat tidak mahu mendengar arahannya agar anaknya dilantik menjadi timbalan Presiden Yaman. Maka demi membalas dendamnya kepada Hadi, dia sanggup berpakat dengan Syiah Houthi yang satu masa dahulu menjadi musuh utamanya bagi menjatuhkan Presiden Hadi.
Kesimpulan : Inilah masalah bila ada bekas pemimpin yang masih bersikap nak jadi pemimpin. Terlalu lama berkuasa (22 tahun memerintah Yaman) membuatkan dia mabuk dan gian nak berkuasa. Sehingga hilang pertimbangan dan sanggup memperjudikan masa depan negaranya. Demi kepentingan keluarganya.
Tulisan ini telah disiarkan pada 17 Oktober 2016 di ruangan FB PenaMinang (Abu Taqiyuddin)
1 Comments
MACAM SINDIR TUN JA HAHAHAHA
ReplyDeleteMARAH ANAK SINDIR MENANTU
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.