SELAMAT DATANG PENJAGA DUA TANAH SUCI UMAT ISLAM KE MALAYSIA!

Oleh : Najib Razak

1. Hujung minggu ini, kita akan menyambut Baginda Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci untuk Kunjungan Rasmi ke Malaysia atas jemputan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

2. Malaysia dan Arab Saudi berkongsi hubungan persaudaraan yang kukuh dan kita amat berbangga bahawa Baginda Raja Salman – yang turut diiringi oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman dan kerabat lain – sudi memilih Malaysia sebagai destinasi pertama negara Islam dikunjungi Baginda di rantau ini, dan juga yang pertama di Asia Tenggara sejak Baginda mengambil alih tampuk pemerintahan.

3. Hubungan keagamaan kedua-dua negara kita telah terjalin berabad lamanya. Bagi umat Islam di Malaysia, Arab Saudi di mana terletaknya Dua Masjid Suci adalah bumi suci dan mengerjakan Haji adalah rukun Islam yang menjadi impian hidup.

4. Hubungan kedua-dua negara juga terjalin erat dengan hubungan dagangan yang kukuh selain kerjasama antara rakyat kedua buah negara yang meningkat dari hari ke hari.

5. Dagangan dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia berkembang kukuh dari tahun ke tahun, meningkat sebanyak 27.8 peratus pada tahun 2016 berjumlah RM13.99 bilion. Hari ini, Arab Saudi adalah antara rakan dagangan terbesar buat Malaysia.

6. Pelaburan Arab Saudi di Malaysia dijangka akan mewujudkan beribu pekerjaan dan kita berbangga bahawa syarikat Malaysia telah terpilih untuk melaksanakan projek-projek di lokasi-lokasi berprestij di Arab Saudi. Ini termasuk operasi Metro Southern Al Masheer Mugaddassah di Mekah – tren khusus untuk jemaah Haji – dan juga kerja-kerja di Jambatan Jamarat dan kawasan sekitar di Mina. Malah, kita juga amat berbangga bahawa seorang rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada pasukan yang merekabentuk Menara Jam Hotel Diraja Mekah yang tersergam indah menghadap Masjid al-Haram.

7. Dalam lawatan Baginda Raja Salman kali ini, kita akan menandatangani beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman baharu. Salah satu daripadanya akan melibatkan dua syarikat milik negara terbesar, Saudi Aramco dan PETRONAS. Perjanjian ini akan memanfaatkan kedua-dua negara dan juga rakyatnya.

8. Hubungan mesra antara kedua-dua buah negara juga dapat dilihat daripada kunjungan lebih 100,000 pelancong daripada Arab Saudi tahun lalu, jumlah tertinggi dalam rekod, manakala pelajar daripada Malaysia dan Arab Saudi menerima manfaat belajar di negara masing-masing.

9. Kita juga berbangga dengan keutuhan kerjasama Arab Saudi dan Malaysia dalam memastikan kelestarian dan juga memberi kepimpinan kepada Ummah.

10. Komitmen kukuh kita bersama dalam memerangi fahaman ekstremis didasarkan kepada kepercayaan kita terhadap toleransi, kesederhanaan dan keamanan dalam ajaran Islam sebenar. Kunjungan Baginda Raja Salman ini mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan persaudaraan yang dibina daripada rasa saling hormat-menghormati dan percaya- mempercayai – hubungan yang mampu menjadi contoh buat dunia Islam dan juga dunia luar, bagi manfaat rakyat, rantau dan juga dunia.


Dipertik dari : https://www.najibrazak.com/bm/blog/king-salmans-visit-to-malaysia/

Post a Comment

2 Comments

  1. AHLAN WASAHLAN YRH KING OF SAUDI ARABIA.HOPE YOU HAVE A PLESENT STAY IN PUTRA JAYA/KUALA LUMPUR. WE HOPE YOUR PRESENT HERE IS WITH FULL OF BARAKAH FROM ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  2. AHLAN WASAHLAN YRH KING OF SAUDI ARABIA.HOPE YOU HAVE A PLESENT STAY IN PUTRA JAYA/KUALA LUMPUR. WE HOPE YOUR PRESENT HERE IS WITH FULL OF BARAKAH FROM ALLAH SWT.

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.