Oleh : Za'ba Kecil* Mungkin pembuat status ni terlupa, Bahasa Melayu adalah Bahasa yang bergerak melangkaui mana-mana bentuk penulisan. Sebelum tulisan Rumi digunakan dalam persuratan bahasa Melayu, orang-orang Melayu pernah menggunakan sekurang-kurangnya empat jenis tulisan iaitu Rencong, Kawi, Palava dan Jawi. Antara keempat-empat tulisan tersebut, hanya tulisan Rencong sahaja yang dikenalpasti sebagai tulisan Melayu yang asli. Tulisan Jawi mula digunakan sejurus Islam tersebar dengan meluas di Alam Melayu. Manakala tulisan Roman mula digunakan apabila penjajah mula bertapak di nusantara ini. Perubahan dari satu bentuk tulisan ke tulisan lain, tidak menghilangkan Bahasa Melayu. Sebaliknya Bahasa Melayu terasimilasi dengan harmoni dengan gaya tulisan yang berbeza-beza mengikut peredaran zaman. Dengan kata mudah, apa sahaja bentuk tulisan dianggap sebagai bentuk tulisan bagi Bahasa Melayu sekiranya ianya digunakan secara meluas dikalangan orang yang berbahasa Melayu. Jadi, tulisan Jawi yang diambil oleh orang Melayu menjadi tulisannya adalah tulisan bangsa Melayu. Cuma yang buta sejarah mengenai perkembangan Bahasa Kebangsaan sahaja yang menganggap tulisan jawi membawa konotasi Bahasa Arab. Selain bahasa Melayu menggunakan aksara Arab sebagai medium bentuk tulisan mereka, Bahasa Urdu dan Parsi turut menggunakan aksara tulisan Arab sebagai bentuk tulisan bagi bahasa mereka. Moral : Dah duduk lama dekat Malaysia pun masih tak dapat beza Bahasa Melayu dengan Bahasa Arab? *Penulis merupakan bekas pelajar di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.