KENYATAAN KPM BERHUBUNG ISU WARGA MALAYSIA DIMARAHI AKIBAT BERMAIN MUZIK DI PESTA BUKU ANTARABANGSA RIYADH 2017



Oleh : AJ

Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan isu yang viral di media sosial baru-baru ini. 

Dalam video berkenaan, seorang warga Saudi memarahi pengajur kerana membiarkan muzik diperdendangkan dalam pesta berkenaan. Video yang berdurasi lebih kurang 30 saat itu turut memperlihatkan individu berkenaan membaling mic ke lantai sebelum berjalan keluar dari pavilion Malaysia.

Tindakan individu berkenaan ternyata bukan sahaja mengejutkan kumpulan penari dan pemuzik berkenaan tetapi juga sebahagian pelawat yang hadir dalam pameran berkenaan.

Arab Saudi merupakan sebuah negara yang mempunyai peraturan yang ketat terutama sekali hal-ehwal yang berkaitan dengan hiburan. Baru-baru ini, penganjur Comic Con Saudi didenda oleh Pihak Berkuasa Hiburan Arab Saudi ekoran melanggar beberapa ketetapan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sepanjang pameran berkenaan berlansung. Sumber : RT

Komen AJ : Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian nampaknya kurang tepat. Sebab yang jadi isu ini adalah muzik yang didendangkan, bukannya tarian Zapin yang dipersembahkan. Aku rasa jika pelajar berkenaan menari tanpa iringan muzik, tidak menjadi masalah. Buku sinonimnya dengan keadaan yang sunyi dan senyap. Sebab tu bila kita masuk ke perpustakaan, kita akan dapati suasana senyap dan sunyi. Mengapa? Sebab orang fokus sedang membaca. Begitulah juga di pesta buku (yang seharusnya) senyap. Nak bising boleh, tapi janganlah sampai menganggu orang lain. Semoga Pesta Buku Antarabangsa KUALA LUMPUR 2017 yang akan datang pada penghujung bulan 4 nanti, akan membawa satu fenomena baru.










Baca seterusnya : Hukum Muzik Menurut Al-Quran dan Sunnah

Post a Comment

1 Comments

  1. Alamak kpm Dan tenaga dihantar me expo ..chelaru Dan low standard mind Lah...we are guest of honour..tapi take honourable sikit pun...take tau do and don't disesuatu tempat...amat jahil..INI bukan expo kebudayaan..mungkin nak tunjukkan Malaysia ahli gedik.gedik.. Inikah kpm yg nak didik Anak bangsa ..mengejutkan..memalukan Dan ketakutan .APA nak jadi bangsa Malaysia khusus Islam dimasa depan do Malaysia..

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.