Oleh : Najib Razak Saya baru selesai perbualan telefon dengan Encik Mohd Nor Azrin, Penasihat di Kedutaan Besar Malaysia, Pyongyang, dan saya ingin maklumkan bahawa beliau dan keluarga serta rakyat Malaysia yang lain berada dalam keadaan selamat di Korea Utara, Alhamdulillah. Saya maklumkan juga kepada beliau bahawa saya, rakan-rakan dalam Kerajaan malah semua rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan mereka, dan bahawa kita sedang berusaha sedaya-upaya untuk membawa mereka pulang ke tanah air. Kerajaan Korea Utara telah memberi jaminan mengenai keselamatan mereka, dan juga bahawa mereka bebas melakukan aktiviti harian seperti biasa, cuma tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut. Kita sedang berusaha untuk mencapai penyelesaian terbaik kepada perkara ini. Sama-sama kita doakan. ---- I have just gotten off the phone with Encik Mohd Nor Azrin, counsellor at the Malaysian Embassy in North Korea. I would like to update that he, his family along with all of the other Malaysians in North Korea are safe, Alhamdulillah. I have given him my assurance that the government will do everything we can to ensure that they return home safely soon. The whole of Malaysia is praying for them. Even though they are refrained from leaving the country, the North Korean government have assured us of their safety and they are free to go about their daily lives. The government will continue to work on reaching the best solution on this issue. Let us all pray for the best.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.