Oleh : Jebat
Kuala Lumpur, 31 May 2017 : Hampir 200 ahli keluarga dari keturunan Muhammad bin Abdul Wahab telah menandatangani satu kenyataan bersama bagi menafikan hubungan keluarga berkenaan dengan tindakan kerajaan Qatar yang menamakan masjid negara berkenaan dengan nama Masjid Imam Muhammad bin Abdul Wahab.
Menurut laporan media dari Okaz, Reuters dan The Gulf, tindakan ahli keluarga Muhammad bin Abdul Wahab membuat kenyataan berkenaan berpunca daripada cubaan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan Emir Qatar juga merupakan keturunan dari Muhammad bin Abdul Wahab.
Plak perasmian Masjid Muhammad bin Abdul Wahab oleh Syeikh Muhammad bin Khalifa Al-Thani (Emir Qatar) |
"Kenyataan ini adalah untuk menyangkal khabar angin palsu dan dakwaan yang dibuat oleh orang-orang yang mendakwa mereka keturunan dari Shaikh Muhammad Bin Abdul Wahab,"
"Kami menyeru agar nama masjid berkenaan ditukar kerana ianya juga tidak membawa asas manhaj Salaf" menurut kenyataan berkenaan.
Antara yang telah menandatangani memorandum berkenaan ialah termasuk Mufti Besar Arab Saudi, Pengerusi Majlis Shura dan Menteri Hal Ehwal Islam.
Nota tambahan :
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (1726–1765) merupakan seorang tokoh ulama yang bersama-sama dengan Muhammd bin Saud (Emir Diriyyah) yang merupakan pengasas kepada dinasti Al-Saud yang berusaha menyatukan Hijjaz menjadi sebuah negara yang ditadbir bersandarkan kitabullah dan sunnah Rasul-Nya. Arab Saudi yang tertubuh pada hari ini adalah cubaan kali ketiga yang dilakukan oleh cucu cicit keturunannya. Arab Saudi moden berjaya dibentuk dan disatukan pada 23 September 1932 oleh Abdulaziz ibn Abdul Rahman ibn Faisal ibn Turki ibn Abdullah ibn Muhammad Al Saud (lahir 1875, meninggal 1953) atau dikenali sebagai Abdul Aziz dikalangan masyarakat Arab dan Ibn Saud dikalangan masyarakat barat.
Sumber :
http://gulfnews.com/news/gulf/saudi-arabia/saudi-family-wants-qatar-mosque-name-changed-1.2034425
http://www.reuters.com/article/gulf-qatar-idUSL8N1IU0AH
http://www.thenational.ae/world/middle-east/gargash-says-qatars-behaviour-threatens-stability-in-the-gulf
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.