AL-JAZEERA : PENYEBAR FITNAH DI DUNIA ARAB

Oleh : Anasz*

Baru-baru ini Al-Jazeera ada mendakwa bahawa ada diantara rakyat Qatar yang dilarang memasuki Masjidil Haram. Dengan hanya bersandarkan dakwaan yang dikeluarkan oleh kumpulan hak asasi manusia di Qatar, Al-Jazeera berjaya menyebabkan ramai dikalangan umat Islam memaki hamun kerajaan Arab Saudi tanpa usul periksa. Sebelum korang nak mempercayai kata-kata Al-Jazeera tu, apa kata baca dulu argumentasi saya pada isu berkenaan.

1. Kenapa tidak ada sebarang rekod bergambar / video yang memaparkan insiden "larangan" berkenaan? Takkanlah dalam berjuta-juta manusia di Masjidil Haram, tak ada seorang pun sempat nak bukak HP dan rakam kejadian berkenaan.

2. Kenapa tidak ada satu video pengakuan sama ada yang diuplod di Facebook, Youtube, Instagram, Twitter atau apa jua pelantar media sosial yang memaparkan individu rakyat Qatar bahawa dialah orang yang dilarang masuk ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi hanya kerana dia seorang rakyat Qatar. Dalam zaman moden ini, mustahil sangat tak boleh jumpa seorang pun kan?


www.gph.gov.sa

Namun inilah sikap sebenar Al-Jazeera yang dimiliki oleh Qatar. Mereka gemar membuat fitnah ke atas negara orang lain termasuk dengan Malaysia. Melalui media mereka, Qatar mendoktrin pemikiran rakyat agar bangun menentang pemerintah. Lihat sahaja apa yang berlaku di negara-negara Arab ketika rantau berkenaan dilanda badai Arab Spring.



Kesemua negara yang dilanda badai Arab Spring hancur. Lihat apa yang terjadi pada Libya, Yaman dan Syria. Namun menariknya disaat kesemua negara Arab terkesan dengan fanomena berkenaan (termasuk negara GCC yang lain seperti Bahrain, Arab Saudi, Oman dan UAE),  hanya Qatar sahaja yang aman tenteram. Tidak ada laporan rakyat bangkit memberontak, berdemonstrasi atau tunjuk perasaan. Mengapa?

*Penulis merupakan graduan dalam bidang strategi dan keselamatan dari UKM 

Post a Comment

0 Comments