Oleh: Perbadanan Pengurusan Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi
Rakyat Qatar Menunaikan Manasik Dengan Mudah Dan Lancar
Perbadanan Pengurusan Masjidil Haram Dan Masjid Nabawi menegaskan bahawa berdasarkan arahan tertinggi pemerintah Arab Saudi menekankan supaya semua perkhidmatan dan kemudahan diberikan kepada jemaah umrah dari seluruh pelusuk dunia termasuklah jemaah dari negara Qatar.
Ditegaskan apa yang disebarkan melalui media sosial yang mengatakan jemaah umrah Qatar dihalang dari memasuki Masjidil Haram, ia adalah berita yang tiada asasnya sama sekali.
Turut ditegaskan bahawa jemaah umrah Qatar sentiasa dekat di hati saudara-saudara mereka dari Arab Saudi bermula dari mereka masuk sehinggalah mereka meninggalkan tanah Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi semenjak 9/9/1438 sehingga ke hari ini telah menerima 1633 rakyat Qatar yang datang untuk mengerjakan umrah.
Turut disebarkan khabar angin dalam beberapa media soasial yang mengatakan bahawa Arab Saudi melayan saudara-saudara mereka daripada kalangan jemaah warga Qatar dengan cara yang tidak baik. Di sini ditegaskan bahawa jemaah umah Qatar dapat mengerjakan ibadah umrah serta ibadah mereka secara amnya dalam Masjidil Haram dengan mudah dan tenang dan mereka dapat menggunakan semua perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi di kedua Masjid Suci seperti jemaah-jemaah yang lain.
Dalam kesempatan ini kami ingin mengajak semua media-media untuk memastikan kesahihan berita-berita yang diterima daripada pihak-pihak yang berkenaan sebelum disebarkan.
Sumber : https://www.gph.gov.sa/ar-sa/Pages/news-details.aspx?nID=25711
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.