Sumber : Al-Riyadh |
Serbuan yang dilaksanakan ini juga berjaya mengagalkan usaha pengganas melancarkan serangan ke atas orang awam di masjidil haram pada akhir ramadan.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Mansour al-Turki berkata, rancangan serangan pengganas ke atas Masjidil Haram datang dari 3 kumpulan pengganas yang berbeza dimana dua daripada kumpulan pengganas ini beroperasi di Makkah manakala satu kumpulan lagi beroperasi di Jeddah di kejiranan Ajyad al-Masafi.
Dalam operasi di Ajyad al-Masafi, pengebom berani mati telah meletupkan dirinya sendiri apabila mendapati usahanya untuk meloloskan diri dari pihak keselamatan gagal ekoran tindakan awal pihak keselamatan Arab Saudi mengepung banggunan dimana pengebom berani mati itu bersembunyi. Setakat ini 5 orang telah diberkas kerana disyaki terlibat dalam plot berkenaan termasuk seorang wanita.
Pada akhir ramadan tahun lalu, pengganas telah melancarkan serangan di Masjid Nabi yang menyebabkan beberapa anggota keselamatan Arab Saudi terkorban.
Sumber :
https://english.alarabiya.net/en/News/gulf/2017/06/23/Saudi-security-forces-kill-most-wanted-militants-in-Mecca.html
https://english.alarabiya.net/en/News/gulf/2017/06/23/Saudi-security-forces-foil-terrorist-operation-targeting-Grand-Mosque-in-Mecca.html
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.