ISLAM HARAMKAN PERPECAHAN


Islam mewajibkan umatnya bersatu dalam satu pemerintahan dan mengharamkan perpecahan, oleh sebab itu tidak dihalalkan menubuhkan parti pembangkang dalam sebuah negara Islam yang masih diperintah oleh pemimpin Islam.

Menubuhkan Hizbi (parti) pembangkang di dalam sebuah negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang beragama Islam dianggap syara' sebagai hizib Khawarij. Rasulullah S.A.W bersabda

"Sesiapa yang datang kepada kamu, sedangkan kamu bersatu di tangan seorang pemimpin, dan orang yang datang tersebut ingin menggugurkan ketaatan kamu dan ingin memecah belahkan kamu, maka BUNUHLAH DIA"*

*Hadis riwayat Muslim. No.1856.

Seseorang yang BERIMAN, BERILMU DAN BERTAQWA, sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan hujjah-hujjah sesebuah parti walaupun parti tersebut dianggotai oleh Ulama. Hujjah-hujjah syara' jika digunakan untuk tujuan semata-mata mahu menjatuhkan para pemimpin Islam dan ketua negara Islam, maka perbuatan tersebut menyerupai firqah Khawarij, yang menyeru rakyat jelata menentang dan menjatuhkan pemerintah. Syara' telah mengharamkan setiap orang yang beriman menyerupai amalan dan akidah gologan Khawarij.

Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah menjelaskan sifat-sifat Khawarij, bahawa mereka (Khawarij) ibadah dan solatnya kelihatan lebih hebat, lebih khusyuk dari ibadah solat para sahabat.

Namun mereka itulah golongan yang terkeluar dari Millah Islamiyah, kerana mudah menghukum kafir, menghukum fasik, dan suka memburuk-burukkan, mencela, menghina serta mengutuk para pemimpin dan pemerintah Islam yang tidak berhukum dengan hukum Allah.

Seterusnya, antara tanda-tanda yang termasuk dalam golongan Khawarij ialah mereka yang mudah memberikan fatwa atau menganggap sesat, kafir, dan tidak masuk syurga kaum muslimin yang tidak menyokong parti atau orang-orang yang tidak sefahaman dengan mereka.

Golongan Khawarij menghalalkan darah dan harta kaum muslimin yang berada di luar kelompok mereka. Mereka mudah bekerjasama dengan golongan muktazilah dan kelompok bid'ah yang lain. Golongan Khawarij ini sering menakut-nakutkan muslimin akan masuk Neraka jika menolak seruan mereka.

Khawarij dan para pengikutnya pandai dan berkarisma semasa berpidato, lancar membaca ayat-ayat Al-Quran, fasih membawa beberapa potong hadis di dalam ucapan mereka dan mudah memberikan fatwa dan menyelewengkan tafsiran, maksud dan makna nas-nas Al-Quran dan hadis yang mereka selitkan dalam ucapan mereka.

Tujuan mereka berbuat demikian semata-mata untuk mempengaruhi orang-orang yang jahil, yang bertujuan untuk memenuhi kepentingan parti atau hawa nafsu mereka. Rasulullah S.A.W mengkhabarkan hal ini :

"Mereka membaca Al-Quran, tetapi tidak melebihi kerongkong mereka (tidak sampai ke hati mereka"*

Hadis Riwayat Bukhari.(3611) Muslim (1066)

"Mereka suka membunuh (menghancurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya) tetapi mereka membiarkan ahli berhala (orang-orang yang benar-benar jelas kekafirannya).*

*Lihat: H/R Bukhari (3644). Muslim (1064). Sahih Al-Jamek 2227.

Rasulullah S.A.W telah menggambarkan dengan jelas keadaan sebenar siapa dia yang dianggap Khawarij. Menurut hadis, golongan Khawarij akan sentiasa muncul dan akan muncul dengan ramainya di akhir zaman.

"Akan muncul di akhir zaman satu kaum muda belia umurnya tetapi singkat akalnya. Mereka meniru ucapan sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad), namun Imannya tidak melewati kerongkongnya, dimana sahaja kamu menemui mereka maka bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya membunuh mereka ada pahalanya di Hari Kiamat bagi orang yang membunuh mereka."*

*Hadis riwayat Bukhari (6930). Muslim (1066).

Menurut Syeikhul Ulama Islam Ibn Timiyah rahimahullah dalam menjelaskan tanda-tanda Khawarij :

"Tanda paling besar kesesatan Khawarij ialah keyakinan mereka berkenaan pemimpin yang mendapat petunjuk (pemimpin beragama Islam tetapi dihukum kafir oleh mereka kerana tidak berhukum dengan hukum Allah) dan keyakinan mereka terhadap kaum muslimin yang semuanya mereka hukum sesat (kerana tidak mengikut kelompok mereka). Mereka juga mengkategorikan apa yang mereka anggap kezaliman kedalam kategori KAFIR"*

*Lihat Majmuk Fatawa. Jld 28. Hlm. 497. Ibn Taimiyah.

Orang-orang yang beriman sewajarnya mampu mengenali kriteria ahli bid'ah "Khawarij Gaya Baru", kerana golongan ini suka menggelar diri mereka sebagai Ulama. Mereka pandai memerangkap (menipu) ummah melalui kegiatan-kegiatan ceramah politiknya yang mereka hiasi dengan nas-nas Al-Quran, As-sunnah, atau fatwa ulama Muktabar. Mereka bijak mempersonakan masyarakat Islam dengan karisma mereka dalam berpidato, menyelewengkan tafsiran, maksud dan makna ayat-ayat Al-Quran atau As-Sunnah sehingga memesongkan pemikiran dan akidah mereka-mereka yang jahil.

Post a Comment

0 Comments