Jeddah : Pemerintah Qatar hari ini melakukan tindakan membalas dendam terhadap Syeikh Abdullah bin Ali Al-Thani, dengan membekukan kesemua aset beliau. Syeikh Abdullah Ali Al-Thani merupakan salah seorang dari ahli keluarga diraja terkemuka Qatar yang menentang dasar Doha yang dilihatnya menjadi punca kepada krisis di Teluk.
Melalui akaun twitternya, Abdullah menyatakan;
"Regim pemerintah Qatar telah memberikan penghormatan kepada saya dengan membekukan kesemua akaun bank saya. Dan saya berterima kasih kepada mereka atas penghormatan ini dan saya amat berbangga untuk menunjukkannya kepada tanah air"
"Saya berharap Qatar akan mengusir para opportunis dan rakan-rakan kepentingan mereka dan (Qatar) dapat dikembalikan kepada kesatuan Teluk" tambahnya.
Pada Ogos yang lalu, Raja Salman menerima kehadiran Syeikh Abdullah di kediamannya di bandar Tangier, Maghribi. Antara topik yang dibincangkan ialah pembukaan pintu sempadan di Salwa bagi membolehkan jemaah Haji Qatar melepasi sempadan sekaligus menunaikan rukun Islam ke lima itu.
Baru-baru ini Quartet Anti Pengganas (Anti-Terror Quartet : ATQ) menyatakan tindakan Arab Saudi, Bahrain, Mesir dan UAE mengesahkan bahawa langkah-langkah yang diambil terhadap Qatar adalah satu keputusan yang "Berdaulat dan Sah"
ATQ menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh negara-negara berkenaan terhadap Qatar tidak boleh diistilahkan sebagai satu sekatan atau "Blockade". Sebaliknya QTA berpandangan ianya lebih sesuai diistilahkan sebagai "Pemulauan", berpunca dari tindakan tidak bertanggungjawab Qatar yang membahayakan keselamatan rantau bersandarkan kepada sokongan dan tindakan negara berkenaan yang menyokong, melindungi dan membiayai aktiviti pengganas.
Komen Aku :
Pemimpin Qatar selalu cakap bahawa negaranya adalah sebuah negara yang mengamalkan kebebasan bersuara. Namun pada hakikatnya, ianya adalah satu sandiwara semata-mata. Di mata regim pemerintahan Qatar, kebebasan hanya diberikan apabila anda mengkritik pemerintah lain. Namun apabila ada pihak yang cuba mengkritik pemerintah Qatar itu sendiri, pelbagai tindakan dan sekatan yang akan dikenakan ke atas individu, kumpulan atau ras tertentu.
Malah dalam satu kes, pemerintah Qatar melucutkan kerakyatan Ketua Kabilah Al-Murrah dan 54 orang saudaranya, ekoran Kabilah berkenaan mengkritik dasar luar Qatar yang membahayakan hubungan diplomatik diantara negara-negara Arab.
Sumber :
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.