SEDIKIT YANG BERSYUKUR


Oleh : Muhammad Abduh Tuasikal

Itulah keadaan kita dan itu adalah sesuatu yang nyata, sedikit yang mahu bersyukur. Kita telah diberi banyak kenikmatan, namun kita masih mengatakan ianya " ianya masih sedikit",  "masih kurang", "ini sahaja" yang mengambarkan ketidakpuasan hati kita. Padahal sebaik-baik hamba Allah itu adalah yang tahu bersyukur tatkala diberi keuntungan yang sedikit atau ataupun banyak. 

Sedikit hamba Allah yang bersyukur …

Allah Ta’ala berfirman,

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

“Sangat sedikit sekali di antara hamba-Ku yang mau bersyukur.” (Saba’: 13).

Ibnu Katsir berkata,

إخبار عن الواقع


“Yang dikhabarkan ini sesuai kenyataan.” Ertinya, sedikit sekali yang mahu bersyukur.

Syaikh As Sa’di berkata,

فأكثرهم، لم يشكروا اللّه تعالى على ما أولاهم من نعمه، ودفع عنهم من النقم.

“Banyak sekali yang tidak mahu bersyukur pada Allah Ta’ala atas nikmat harta yang diberi dan juga atas nikmat dihilangkan dari musibah.”

Syaikh Abu Bakr Al Jazairi berkata,

هذا إخبار بواقع وصدق الله العظيم الشاكرون لله على نعمه قليل وفي كل زمان ومكان وذلك لإِستيلاء الغفلة على القلوب من جهة ولجهل الناس بربهم وإنعامه من جهة أخرى

“Ini adalah pengkhabaran yang sesuai (dengan) kenyataan. Sungguh Allah maha benar. Sungguh yang benar-benar mensyukuri nikmat Allah amatlah sedikit di setiap waktu dan tempat. Kebanyakan berada dalam hati yang lalai, di sisi lain kerana begitu jahil terhadap Rabbnya.”

Berdo’a agar menjadi orang yang bersyukur …

Disebutkan oleh Az Zamakhsyari dalam kitab tafsirnya,

وعن عمر رضي الله عنه أنه سمع رجلاً يقول : اللَّهم اجعلني من القليل ، فقال عمر ما هذا الدعاء؟ فقال الرجل : إني سمعت الله يقول : { وَقَلِيلٌ مّنْ عِبَادِىَ الشكور } فأنا أدعوه أن يجعلني من ذلك القليل ، فقال عمر : كل الناس أعلم من عمر

Dari ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, dia mendengar seseorang memanjatkan do’a, ‘Ya Allah jadikanlah aku sebahagian dari orang-orang yang sedikit’.” ‘Umar kehairanan dan berkata, “Doa apa ini?” Orang tersebut menjawab, “Aku pernah mendengar firman Allah (yang ertinya): Sedikit di antara hamba-Ku yang mahu bersyukur. Aku pun berdoa pada Allah agar aku termasuk yang sedikit.” ‘Umar pun berkata, “Ternyata setiap orang lebih tahu dari ‘Umar.”

Bika sepatutnya bersyukur?

Yang disebut bersyukur sebagaimana disebut dalam tafsir Al Jalalain adalah,

العامل بطاعتي شكرا لنعمتي

“Yang beramal untuk taat pada-Ku, itulah yang dikatakan bersyukur pada-Ku.”

Dalam Fathul Qodir karya Asy Syaukani disebutkan,

العامل بطاعتي الشاكر لنعمتي قليل

“Yang beramal untuk taat pada-Ku, itulah yang dikatakan bersyukur pada-Ku, dan itu jumlahnya sedikit.”

Memperbanyak solat termasuk pula bahagian dari syukur. Syaikh Abu Bakr Al Jazairi berkata,

وجوب الشكر على النعم ، وأهم ما يكون به الشكر الصلاة والإِكثار منها

“Wajib bagi kita untuk mensyukuri nikmat. Bentuk syukur yang paling utama adalah melaksanakan dan memperbanyak solat.”

Bererti jika sebaliknya orang yang sering melakukanmaksiat dan seringnya meninggalkan solat, dialah yang tidak tahu bersyukur.

Semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk menjadi orang-orang yang bersyukur.

Post a Comment

0 Comments