ARAB SAUDI : YANG SERING DILUPAI MEREKA

Oleh : Anasz*

1. Satu perkara yang sering dilupakan oleh penganalisis politik antarabangsa apabila menganalisis atau memberikan komen dan pandangan berkenaan politik Arab Saudi ialah peranan ulama di negara berkenaan.

2. Golongan ini walaupun diatas kertas kelihatan terpisah dan tidak terlibat dalam urusan dan perjalanan pemerintahan Kerajaan Saudi, namun mereka ini memainkan peranan yang penting dan signifikan dalam setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan Arab Saudi.

3. Suka aku tegaskan disini, setiap tindakan yang diambil oleh pemerintah Saudi terlebih dahulu akan dibawa berbincang dengan para ulama senior mereka yang lebih arif dalam urusan-urusan yang melibatkan kemaslahatan ummah.

4. Hal ini dapat dilihat dengan bagaimana respon Ulama Saudi terhadap bahaya Hezbollah tatkala Yusuf Al-Qaradawi masih samar-samar melihat makar Hezbollah.

5. Ulama Saudi lebih maju menilai bahaya demonstrasi ketika Arab Spring melanda dunia Arab tatkala kesemua manusia di dunia mengalu-alukannya.

6. Ulama Saudi lebih mengetahui bahaya disebalik Revolusi Iran tatkala kesemua masyarakat era 80an memandang tinggi ritorik Khomeini.

7. Jadi tak perlu bimbang dan risau dengan apa yang berlaku di Arab Saudi pada hari ini. Penahanan beberapa Putera Raja, bekas menteri dan ahli perniagaan terkemuka atas beberapa tuduhan rasuah hanyalah satu tindakan biasa bagi mana-mana kerajaan. Yang mana ianya sudah dimaklumkan kepada para ulama.

8. Kesemua yang ditahan ini pula, taklah di simpan dalam Lokap, sebaliknya ditempatkan disebuah Hotel terkemuka di Riyadh. (Ada yang mendakwa kesemua yang ditahan ditempatkan di Ritz Carlton Riyadh).

9. Dan sekiranya berlaku pendakwaan dan perbicaraan, kesemua mereka ini akan diadili oleh para ulama. Berbanding dengan sistem kehakiman kita yang terbahagi kepada dua, sivil dan syariah, sistem kehakiman Arab Saudi hanyalah berteraskan hukum Allah dan Rasul-NYA.

10. Dan pastinya para ulama ini akan memberikan pengadilan yang seadil-adilnya dan bebas dari tekanan mana-mana pihak.

11. Ketahuilah, politik Arab Saudi hanya akan terjejas apabila Makkah dan Madinah diusik dan dikacau oleh pihak-pihak tertentu.

12. Dan sekiranya kedua-dua tanah suci umat Islam diancam keselamatannya, maka Malaysia telah memberikan jaminan kepada kerajaan Arab Saudi bahawa tentera negara kita akan bersama-sama mempertahankan dua tanah suci ini.

13. Cuma bagaimana pula respon kita? Adakah kita akan bermain tarik tali dan mempertikaikan tindakan kerajaan kita sepertimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang dalam sidang parlimen yang lalu atau kita bersama-sama menyokong usaha berkenaan? Tepuk dada tanya iman. 😏

Tambahan : ATM ada pasukan yang standby di Arab Saudi.

*Penulis merupakan graduan dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM.

Post a Comment

0 Comments