Oleh : Ratu Sentap* BR1M tak boleh. Hish. Dedak tu. Rasuah tu. Nak tagih simpati tu. Buat mereka yang tak layak dapat BR1M, tu sajalah yang mereka sembang. Dalam hati sakit sebenarnya, sebab mereka tak dapat. Yang tak patut minta pun, sengaja isi borang untuk BR1M. Manalah tahu boleh dapat. Punyalah muka tak malu. BR1M tu subsidi yang punya target pada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Bukan untuk mereka pergi bercuti di luar negara. Bukan untuk mereka membeli tudung berjenama itik. Rasionalisasinya? Mereka akan menggunakan RM300 untuk setiap kali mereka dapat duit tu untuk membeli benda yang mereka mungkin teringin. Bukan banyak pun mereka boleh beli. Bila mereka membeli, pastinya penjual pun untung. Penjual juga pengguna dan ia akan menjadi satu rantaian pergerakan ekonomi setempat. Itulah tujuan BR1M. Saya dulu pun tidak faham apa tujuan BR1M. Tapi setelah meneliti fakta, dan bukan auta, yang tersirat dan tersurat, saya setuju dengan BR1M. Pihak kerajaan sebelum memenangi PRU14, punyalah menentang BR1M. Segala bahasa dilemparkan. Tapi hari ini, mereka menjilat kembali ludah mereka. Tidak sampai 3 minggu mengambil alih tampuk pemerintahan negara, ini bukan tindakan pertama mereka lakukan begitu. Adakah dengan BR1M digantikan dengan nama yang lain akan menutup kedangkalan mereka? Ternyata mereka itu setaraf dengan pengundi-pengundi mereka yang akalnya pendek. Tidak berpendidikan sama macam pengundi-pengundi yang termakan politik persepsi. Dedak yang mereka akan berikan kali ini hanya kepada 2 juta orang. Yang lagi 5 juta, termasuklah yang bujang-bujang tu, yang bersorak sakan semasa kemenangan PRU14 hanya mengigit jari. Benar sekali sangkaan saya, mereka inilah pak kaduk. Itulah akibat dek ikut emosi dan darah muda. Saya hanya menunggu dan melihat apakah lagi permainan mereka-mereka yang mewarnai barisan kabinet yang pada asasnya menaakul matematik pun gagal. ___________ * Artikel ini merupakan pandangan pihak yang menulis dan bukan mewakili pandangan atau pendirian PenaMinang.com atau PM Institute secara khususnya. Kami juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan atau pandangan yang ditulis atau disiarkan melalui segmen Komentar dan Dari Blog. Ia adalah pandangan penulis berkenaan tanpa dipengaruhi pihak kami dan ia tidak semestinya mengambarkan pendirian dan pandangan kami.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.