PROJEK KERETAPI LAJU SINGAPURA - MALAYSIA DIBATALKAN - TUN M


PETALING JAYA, 28 Mei 2018 - Malaysia telah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia adalah keputusan muktamad tetapi ia akan memakan masa berikutan kita mempunyai perjanjian dengan Singapura.

"Ia tidak memberi manfaat kepada Malaysia kerana ia akan membabitkan kos yang amat besar dan kita tidak akan meraih keuntungan daripadanya disebabkan ia landasan yang pendek," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di sini hari ini.



Mahathir berkata Malaysia akan membincangkan perkara tersebut dengan Singapura tidak lama lagi dengan hasrat untuk mengendalikan pembatalan projek itu dengan "kos yang rendah".

Turut hadir Presiden PPBM yang juga Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden PPBM yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Projek HSR, yang membabitkan laluan sepanjang 335 kilometer akan dibina di Malaysia, melibatkan empat negeri untuk menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura. Ia dijadualkan siap pada 2026.

- BERNAMA 

Ulasan kami :

Kepada graduan yang mengambil jurusan REL di UTHM, anda dah boleh cari kaedah lain untuk mendapatkan pekerjaan seperti menjadi pembandu teksi, grab atau bekerja di call center. Bersabarlah dengan ujian yang anda hadapi pada hari ini.

Post a Comment

0 Comments