Oleh : Anasz*
1. Genap setahun Qatar dipulaukan oleh Quartet negara Arab yang berang dengan sikap Qatar yang gemar mencampuri dan khianat dengan negara jirannya.
2. Setelah gagal dalam propagandanya untuk memalukan Quartet Negara Arab melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa atau International Civil Aviation Organization (ICAO), dan Haramain Watch, Qatar kini kembali memfitnah kerajaan Arab Saudi dengan tuduhan 'Kitar Semula' yang dilemparkan pada musim Haji dan Ramadan yang lalu. Dimana Qatar menyatakan bahawa rakyatnya dari Qatar telah dihalang dari melaksanakan ibadah umrah di Makkah dan menziarahi Madinah.
3. Berdasarkan maklumat yang kami terima daripada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur selain dari Kedutaan Arab Saudi di Pakistan, disahkan bahawa kerajaan Arab Saudi tidak pernah menghalang urusan jemaah haji dan umrah Qatar untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah di negara berkenaan. Malah kerajaan Arab Saudi telah memberi jaminan bahawa kesemua rakyat Qatar yang hendak menziarahi dua tanah suci akan diberikan layanan yang serupa sepertimana yang diterima oleh jemaah umrah dan haji dari seluruh dunia.
4. Pihak kedutaan turut menegaskan bahawa urusan Haji dan Umrah adalah urusan agama dan Arab Saudi tidak meletakkan pertikaian diplomatik melampaui kepentingan agama.
5. Malah ini dibuktikan lagi dengan layanan kerajaan Arab Saudi terhadap jemaah Haji Iran yang hendak melaksanakan rukun Islam ke 5 pada musim Haji 1438H yang lalu, walaupun negara tersebut telah memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Syiah berkenaan pada tahun 2016.
6. Diharapkan pemerintah Qatar lebih matang dalam menangani isu diplomatik ini dan tidak menjadikan urusan agama sebagai kaedah mendapatkan simpati politik dari masyarakat antarabangsa.
7. Dalam masa yang sama kami menggesa kerajaan Qatar dan penjilat mereka agar tidak mencampuri urusan dalaman negara lain terutama negara jiran mereka. Cukuplah dengan kerosakan yang telah kalian lakukan seperti di Libya, Yaman, Bahrain dan beberapa negara yang lain.
*Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang strategi dan keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.