KES 1MDB : TOMMY THOMAS 'CABUT' DARI JADI KETUA PENDAKWARAYA

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ketua Pendakwaraya yang juga Peguam Negara, Tommy Thomas telah menarik diri dari mengetuai pasukan pendakwaraya berhubung kes siasatan SRC International yang dikaitkan dengan mantan Perdana Menteri Malaysia ke 6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Rujuk : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/1mdb-tommy-tarik-diri-daripada-kes-menentang-najib-1.739340

Komen aku : Laa.. Bukankah beliau dilantik oleh kerajaan Pakatan Aslah ekoran kepakaran beliau dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi dan jenayah kolar putih. Lagipun bukankah diawal lantikan beliau bersemangat untuk memastikan kes 1MDB ni dapat diselesaikan olehnya sendiri. Siap keluar statement sebelum kes berjalan lagi.

Sekarang ni boleh plak guna alasan dia sibuk. Aih..kau memang dilantik oleh Kerajaan Pakatan yang Aslah untuk berhadapan dengan situasi yang sibuk. Lagipun, kau dibayar gaji yang lumayan. Bukannya Free.

Lagi satu, bukankah kertas pendakwaan katanya dah wujud sejak 2015. So tunggu apa lagi. Balun jer la. Apa takut sangat dengan Syafie Abdullah mamak tu. 😑

#PakatanAslah



Post a comment

0 Comments