MENGHAPUS DOSA-DOSA


Ibnu Taimiyyah berkata;

Akibat dari dosa-dosa itu boleh dihilangkan dengan tiga perkara : Pertama, bertaubat. Kedua, Istighfar tanpa taubat, kerana ALLAH S.W.T boleh mengampuni dosanya sebagai pengabulan terhadap doanya, meskipun ia tidak bertaubat. Jika taubat dan istighfar telah berkumpul, maka itu adalah kesempurnaan. Ketiga, amal soleh yang meleburkan dosa.

Kerana itu, hal yang paling bermanfaat bagi orang-orang khusus mahupun awam adalah ilmu tentang hal-hal yang boleh membersihkan diri dari noda-noda, iaitu menghapuskan keburukan dengan kebaikan.

Amal baik adalah segala hal yang diserukan oleh ALLAH, melalui lisan Nabi Muhammad S.A.W, mulai perbuatan, akhlak hingga sifat. Keempat, salah satu yang menghilangkan akibat dari dosa adalah musibah yang melebur dosa, iaitu segala sesuatu yang menyakitkan seperti : kegundahan, kesedihan, gangguan terhadap harta, kehormatan, tubuh dan lain-lain. Tapi ini semua bukan kerana perbuatan hamba.

[Al-Fatawa, 10: 655-658]

#Tazkirah

Post a Comment

0 Comments