SAHABAT NABI BERTEMU DAJJAL


Diriwayatkan daripada Fatimah bin Qais Radhiallahu' anha dia berkata;

"Aku mendengar tukan azan Rasulullah Sallahualaihi Wassalam menyeru "As-Solatu Jami'ah (solatlah berjemaah)". Maka aku keluar dan ikut solat berjemaah bersama Rasulullah Sallahualaihi Wassalam.

Ketika Rasulullah Sallahualaihi Wassalam selesai dari solatnya, Baginda duduk sambil ketawa. Baginda bersabda : "Hendaklah setiap orang duduk tetap di tempat solatnya (jangan ke mana-mana)."

Kemudian Baginda bersabda "Aku kumpulkan kalian bukan atas sesuatu yang membuat kalian takut atau senang. Namun aku kumpulkan kalian kerana Tamim Ad-Dari, seorang lelaki Nasrani yang datang dan berbai'ah masuk ISLAM.

Dia menceritakan kepadaku sebiah kisah yang serupa dengan cerita yang pernah aku cerita kepada kalian tentang Dajjal.

Dia menceritakan kepadaku bahawa dia pernah menaiki sebuah perahu bersama tiga puluh lelaki dari kaum Lakhm dan Juzam. Kemudian mereka terumbang-ambing oleh ombak selama satu bulan di tengah laut.

Akhirnya mereka berlabuh di sebuah pulau ketika matahari terbenam. Mereka lalu duduk di sisi kapal mereka. Setelah itu mereka bergegas memasuki pulau tersebut hingga akhirnya bertemu dengan binatang yang besar dan berbulu lebat.

Mereka berkata : "Celaka engkau, siapakah kamu ini?!" Binatang itu menjawab : "Aku ialah Jasasah. Pergilah berjumpa lelaki yang ada di dalam sebuah gua, kerana dia sangat mahu mendengar berita daripada kalian."

Tamim berkata : "Ketika dia menyebut tentang lelaki, maka kami keratakutan kalau-kalau dia syaitan lalu kami cepat pergi hingga masuk ke dalam gua tersebut.

Dan ternyata di dalamnya terdapat manusia yang paling besar yang pernah kami lihat. Dia diikat dengan tali yang sangat kuat. Tangannya bersatu dengan leher (terikat dengan rantai).

Manusia besar (Dajjal) itu bertanya kepada mereka tentang Nakhl Baisan (nama tempat di Jordan), mata air Zughar (nama tempat di Syam) dan seorang Nabi yang buta huruf.

Manusia besar itu berkata : "Aku adalah Al-Masih Dajjal, dan hampir-hampir aku mendapat izin untuk keluar."

Nabi Sallahualaihi Wassalam bersabda : "Sesungguhnya dia (Dajjal) berada di laut Syam, atau laut Yaman. Bahkan dia akan muncul dari arah timur tempat dia berasal - beliau ucapkan hingga dua kali menunjuk ke arah timur."

[Riwayat Abu Daud no. 4328]

Post a Comment

0 Comments