Oleh : Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar Rahimahullah.
1. Pendapat yang popular dikalangan para ulama adalah bahawa Nabi lebih umum daripada Rasul. Kerana Rasul adalah orang yang diberikan wahyu dan diperintahkan untuk menyampaikannya.
2. Sedangkan Nabi adalah orang yang diberikan wahyu tetapi tidak diperintahkan untuk menyampaikan wahyu.
3. Kerana itu, semua Rasul adalah Nabi, tetapi tidak semua Nabi itu Rasul.
4. Pendapat ini adalah KELIRU. Alasannya kerana :
a) Pertama : ALLAH menerangkan, Dia mengutuskan para Nabi sepertimana Dia mengutuskan para Rasul. Firman-NYA ;
Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi melainkan apabila ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada ugama Allah yang dibawanya), maka Syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu, Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh Syaitan, kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya dengan kukuhnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[Al-Haj : 52]
i - Jika perbezaan antara Nabi dan Rasul adalah perintah untuk menyampaikan, maka kata "mengutus"seperti tersebut dalam ayat di atas juga mengharuskan Nabi untuk menyampaikan.
ii - Tidak menyampaikan bererti menyembunyikan wahyu. ALLAH Subhanawata'ala tidak menurunkan wahyu untuk disembunyikan atau disimpan dalam hati seseorang. Lalu ilmu tersebut hilang dengan meninggalnya orang tersebut.
iii - Sabda Nabi Sallahu Alaihi Wassalam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas "Umat-umat diperlihatkan kepadaku. Ada Nabi yang bersama satu orang pengikut, ada Nabi yang bersama dua orang, ada Nabi yang bersama sekelompok orang. Ada juga Nabi yang tidak ada seorang pengikut pun" [Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]
5. Hadis ini menunjukkan, para Nabi diperintahkan untuk menyampaikan. Mereka berbeza dalam jumlah pengikutnya.
6. Definisi yang PALING TEPAT IALAH : Rasul adalah orang yang diberikan wahyu dengan syariat baharu. Manakala Nabi adalah orang yang diutuskan untuk mengukuhkan syariat yang telah ada sebelumnya.*
*Tafsir Al-Alusi : 7/157
Dipetik dari kitab : Siri Aqidah Islam Menurut Al-Quran dan Hadis. Jilid ke 4.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.