Oleh : Anasz*
1. Setiap kali Ramadan, Gaza akan diserang.
2. Maka setiap kali Ramadan juga, umat Islam sedunia mengamuk.
3. Namun ramai yang tak melihat dengan teliti, setiap kali Ramadan juga, mengapa ada pepuak di Gaza saja cari jalan dengan Zionist agar Zionist boleh mendapatkan alasan untuk menyerang Gaza.?
4. Apakah tidak boleh pemerintah Gaza mengikut sikap pemerintah di Palestin di Tebing Barat?
5. Jika mereka (pihak yang membuka pintu fitnah itu) beralasan bahawa tanah mereka (Palestin) dijajah, maka jawapan aku ialah, bukan semalam isu penjajahan ini berlaku. Tetapi kenapa membuka peluang kepada Yahudi Zionist untuk membunuh beratus-ratus umat Islam di Gaza?
6. Apakah nilai nyawa umat Islam di Gaza itu tidak bernilai sehingga dibiarkan terkorban sebagai balasan dari perbuatan sesetengah pihak di Gaza yang tidak mampu mengawal kemarahan mereka?
7. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam
Ù„َزَÙˆَالُ الدُّÙ†ْÙŠَا Ø£َÙ‡ْÙˆَÙ†ُ عِÙ†ْدَ اللهِ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َتْÙ„ِ رَجُÙ„ٍ Ù…ُسْÙ„ِÙ…ٍ.
Dari Buraidah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Ù‚َتْÙ„ُ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِ Ø£َعْظَÙ…ُ عِÙ†ْدَ اللهِ Ù…ِÙ†ْ زَÙˆَالِ الدُّÙ†ْÙŠَا.
Dosa membunuh seorang mukmin lebih besar daripada hancurnya dunia. Sahih. HR an-Nasa`i (VII/83), dari Buraidah. [Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan an-Nasa`i dan lihat Ghayatul-Maram fî Takhrij Ahaditsil-Halal wal-Haram (no. 439).]
Bahkan darah seorang muslim lebih mulia daripada Ka’bah yang mulia. [Hasan: Lihat Silsilah al-Ahadits ash-Sahihah (no. 3420), dihasankan oleh Syaikh al-Albani.]
8. Aku kurang pasti, strategi peperangan apakah yang dijalankan oleh pihak di Gaza ini. Namun aku merasakan tindakan menyerang Zionist Israel tidaklah menyelesaikan masalah Palestin ini, sebaliknya ianya memberikan ruang yang lebih besar dan terbuka kepada Zionist untuk terus mencengkam bumi Palestin.
9. Jika membunuh seorang tentera Israel boleh menyebabkan lebih beratus umat Islam di Gaza terbunuh, aku rasa itu bukanlah strategi terbaik dalam peperangan yang panjang ini.
9. Walaupun cadangan untuk kembali kepada meja rundingan ini adalah agak 'cliché', namun inilah jalan terbaik untuk menyelamatkan nyawa umat Islam dari terus menjadi mangsa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
10. Akhir kalam, tanah boleh cari, nyawa tak boleh diganti.
* Penulis merupakan graduan dalam bidang strategi dan keselamatan dari UKM.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.