Abu Talib adalah orang yang sentiasa membela Rasulullah ﷺ. Ketika Rasulullah ﷺ berusia 49 tahun 8 bulan 11 hari, bapa saudaranya yang bernama Abu Talib meninggal dunia. Tepatnya adalah pada pertengahan biulan Syawal tahun kesepuluh Nabi ﷺ diangkat sebagai Rasul. Usia Abu Talib ﷺ ketika meninggal dunia adalah 80 tahun lebih. Tidak lama selepas itu, isteri pertama Rasulullah ﷺ, Khadijah R.A juga meninggal dunia iaitu pada 1 bulan 5 hari selepas kematian Abu Talib. Namun ada juga yang berpendapat bahawa jarak kematian Abu Talib dengan Khadijah hanya berselang 3 hari. Usia Khadijah R.A ketika meninggal dunia adalah 65 tahun. Orang-orang Quraish telah menahan keinginan mereka untuk menyakiti Rasulullah ﷺ sampai pada masa kematian Abu Talib. Ketika bapa saudara tercintanya itu wafat, maka usaha menyakiti Rasulullah ﷺ semakin memuncak. Setelah kematian Khadijah, Rasulullah ﷺ masih tinggal di Makkah selama 3 bulan. Setelah itu Baginda ﷺ ke Ta'if bersama-sama Zaid bin Haritsah. Di kawasan itu Baginda ﷺ tinggal selama 1 bulan. Akhirnya Baginda ﷺ pulang ke Makkah dan tinggal di samping rumah Al Muth'im bin Adi. Dan sepanjang tempoh itu, Baginda ﷺ sering diganggu oleh kaum kafir Quraish. Diriwayatkan dari Abdullah R.A, dia berkata, "Aku tidak pernah melihat Rasulullah ﷺ mendoakan keburukan ke atas orang-orang Quraish kecuali sekali. Sesungguhnya ketika itu Rasulullah ﷺ sedang menunaikan ibadah solat, sedangkan sekelompok orang Quraish sedang duduk-duduk (melepak). Dan pada ketika itu, tempat duduk mereka berdekatan dengan kotoran sisa kelahiran unta. Maka mereka berkata, "Siapa yang mahu memungut kotoran bekas kelahiran unta ini, kemudian dilemparkan ke atas punggungnya (Muhammad)?" Uqbah bin Abi Mu'aith berkata 'aku'. Maka dia mengambil kotoran tersebut, kemudian di lemparkan ke punggung Rasulullah ﷺ. Namun Rasulullah ﷺ terus sahaja bersujud sampai akhirnya Fatimah datang. Fatimah membersihkan kotoran itu dari punggung Rasulullah ﷺ. Lalu Rasullah ﷺ bersabda, 'Ya ALLAH, laknatlah sekelompok orang Quraish, laknatlah Utbah bin Rabi'ah! Ya ALLAH, laknatlah Syaibah bin Rabi'ah! Ya ALLAH, laknatlah Abu Jahal bin Hisyam! Ya ALLAH, laknatlah Uqbah bin Abi Mua'ith! Ya ALLAH, laknatlah Ubai bin Khalaf atau Umayyah bin Khalaf!' Ternyata aku melihat mereka semua mati terbunuh pada perang Badar. Kemudia mereka diseret ke sumur tua kecuali Ubay dan Umayah, kerana mereka berdua adalah orang yang berbadan gemuk. Semua persendiannya telah terputus ketika tubuhnya diseret." (H/R Bukhari (240, 250, dan 2934) dan Muslim (1794)). Diriwayatkan dari Urwah R.A bahawa Aisyah, isteri Nabi ﷺ telah memberitahu dia bahawa dahulu Aisyah pernah berkata kepada Nabi ﷺ , "Apakah ada sebuah hari yang anda anggap lebih dasyat dibandingkan perang Uhud?" Rasulullah ﷺ bersabda "Sungguh aku telah bertemu sebahagian kaummu dimana pertemuan itu lebih dasyat dibandingkan dengan hari Aqabah., sebab pada waktu itu aku telah menawarkan diri (agar mendapatkan tumpangan) kepada Ibnu Abdi Yalil bin Abi Kulal, namun dia tidak memberikan respon apa yang aku inginkan. Maka aku pergi (pulang) dengan wajah yang sedih. Aku baru kembali sedar seperti kondisi permulaan ketika berada di daerah puncak bukit Tsa'alib. Maka aku mengangkat kepalaku, ternyata ada segumpal awan yang menaungi diriku. Dia menyeruku sambil berkata 'Sesungguhnya ALLAH telah mendengar apa yang dikatakan kaummu kepadamu dan penolakan mereka terhadapmu. ALLAH telah mengutus untukmu malaikat gunung agar kamu memerintahkan mereka sesuai dengan apa yang kamu kehendaki'. Lalu malaikat gunung memanggilku dan mengucapkan salam untukku sambil berkata 'Wahai Muhammad, jika kamu berhak (memerintahku) menurut apa yang kamu kehendaki. Jika kamu mahu, aku akan menimpakan dua gunung di Makkah di atas mereka semua'. Namun Nabi ﷺ bersabda, "Sebaliknya aku berharap agar ALLAH mengeluarkan dari tulang rusuk mereka anak keturunan yang bakal menyembah ALLAH yang Esa dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun." (H/R Bukhari (3231) dan Muslim (1795)). Diriwayatkan dari Urwah R.A, dia berkata : Aku berkata kepada Abdullah bin Amr bin Al Ash, "Beritahukan kepadaku mengenai perlakuan kaum musyrikin yang paling tidak mengenakkan bagi Rasulullah ﷺ ." Abdullah berkata, "Ketika Rasulullah S.A.W berada di halaman Ka'bah, tiba-tiba Uqbah bin Abi Mu'aith datang, kemudian memegang bahu Rasulullah ﷺ dan membelit pakaiannya untuk mencekik leher Baginda. Lalu Abu Bakr datang dan memegang bahu Uqbah serta memisahkannya dari Rasulullah ﷺ. Maka Abu Bakr berkata, "Apakah kalian akan membunuh seorang lelaki yang mengatakan Tuhanku adalah ALLAH, sedangkan telah datang kepada kalian dengan membawa beberapa penjelasan dari Tuhan kalian?" Ketika Rasulullah ﷺ berusia 50 tahun 3 bulan, baginda didatangi bangsa Jin untuk menyatakan keIslaman mereka kepada Baginda ﷺ. Ketika Rasulullah ﷺ berusia 51 tahun 9 bulan, Baginda mengalami perjalanan Isra'. (Diriwayatkan oleh Bukhari, 3856; Ibnu Hibban dalam Sahihnya 14/526, no. 6566 dan Ahmad, 2/204 dan 218) Sumber : Shifatush Shafwah (Kisah-Kisah Orang Pilihan), Jilid 1, karya Imam Ibnu Al Jauzi.
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.