Oleh : Anasz* Persamaan Osama Bin Laden, Qasim Sulaimani dengan Parti Komunis Malaya Yang Menyebabkan Bekas Rakan Sekutu Mereka Menghapuskan Mereka. 1. Kedua-dua individu ini pernah bekerjasama dengan USA dalam satu misi yang mempunyai objektif yang sama. Osama (Al-Qaeda) menumbangkan Russia di Afghanistan. Manakala Qasim Suleimani menumbangkan Saddam di Iraq. 2. Selepas selesai menjalankan misi, kedua-dua aktor ini cuba memperluaskan kuasa mereka, dan Amerika melihat ianya satu ancaman kepada keselamatan. 3. Jadi, misi membunuh perlu dijalankan untuk mengurangkan ancaman. 4. Benda ini persis apa yang dilakukan oleh British tatkala di Malaya. British mengetahui bahawa komunis sedang meningkat naik dan mengembangkan pengaruhnya di Malaya. 5. Namun British tak dapat bukti yang kukuh selain akses jaringan maklumat dan risikan yang sedikit, ekoran Komunis di Malaya bergerak secara underground. 6. Dalam masa yang sama gelombang perang dunia ke 2 tidak dapat dielakkan. Maka tatkala Jepun menyerang Malaya, British mengambil pendekatan berundur. 7. Dan apabila dah berundur sepenuhnya dari Malaya, British mula berpakat dengan kumpulan-kumpulan pemberontak di Malaya dan antaranya adalah MPAJA (Komunis). 8. Sepanjang Malaya diperintah Jepun, dalam masa yang sama British pula mengumpul risikan dan maklumat mengenai gaya peperangan, stuktur pentadbiran dan operasi serta kedudukan komunis dalam Tanah Melayu. 9. Dan selepas Jepun menyerah kalah, dan Komunis cuba menguasai Tanah Melayu, hanya kurang dari sebulan, British kembali ke Tanah Melayu dan memulakan gerakan mencari dan menyerang komunis. 10. Malah British sendiri berjaya meletakkan "orang mereka" dalam organisasi dalam Parti Komunis Malaya. 11. Benda ini bukanlah sesuatu yang sulit. Sebaliknya banyak rekod yang telah dinyah sulit di UK, kita akan dapati British mengetahui secara details kedudukan komunis ini. 12. Dan perlu diketahui, komunis di Malaya dihapuskan selepas Komunis menunjukkan wajah sebenar mereka kepada British. 13. Jadi dalam hal ini, episod yang sama digunakan oleh U.S. Soal masa tu adalah isu yang lain. Sebaliknya plot tetap sama. *Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.