KUALA LUMPUR (PM/BBC/REUTERS) - Pemerintah Oman, Sultan Qaboos bin Said Al Said meninggal dunia pada petang Jumaat semalan menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh media rasmi kerajaan Oman pada pagi Sabtu ini.
Almarhum Sultan Qaboos yang meninggal pada usia 79 tahun, telah memerintah Oman sejak beliau mengambil alih dalam rampasan kuasa daripada bapanya sendiri pada tahun 1970 dengan bantuan bekas kuasa kolonial Oman iaitu Britain.Beliau juga merupakan pemerintah paling lama berkuasa di Timur Tengah. Punca kematian tidak dinyatakan namun terdapat laporan yang menyatakan Sultan Qaboos menderita penyakit Kanser.
Untuk rekod Sultan Qaboos tidak mempunyai anak lelaki dan tidak pernah secara umum melantik bakal penggantinya. Pada tahun 1996, satu undang-undang telah dibentuk yang membolehkan keluarga diraja Oman berkuasa memilih pengganti dalam.
Menurut Statut Dasar Kesultanan, Majlis Keluarga Diraja - yang terdiri daripada kira-kira 50 anggota lelaki harus memilih seorang sultan baru dalam masa tiga hari selepas takhta kosong.
Sekiranya pihak keluarga diraja tidak mempunyai kata putus bagi melantik pemerintah baharu, maka majlis tertinggi dewan pertahanan Oman dan hakim mahkamah agong, dan Ketua Dewan Majlis Perundingan dan Majlis Negera akan membuka surat rahsia yang ditulis oleh Sultan, yang didalam surat berkenaan dicatatkan nama bakal penggantinya itu.
Walaupun tidak diketahui siapakah yang bakal menjadi pemerintah baharu Oman, terdapat 3 nama yang disebut-sebut akan menjadi pengganti Almarhum Sultan Qaboos iaitu Haitham bin Tariq Al Said, Menteri Kebudayaan Oman, Asaad bin Tariq Al-Said, Timbalan Perdana Menteri Oman dan Shihab bin Tariq Al-Said, bekas komander Tentera Laut Oman yang juga merupakan penasihat Sultan Qaboos.
Sistem pemerintahan Oman merupakan sistem Raja berkuasa mutlak di mana, Sultan adalah pembuat keputusan yang paling penting di Oman selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, pemerintah tertinggi angkatan bersenjata Oman, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan Menteri Luar Negeri.
Selama hampir 5 dekat pemerintah, Sultan Qaboos menguasai sepenuhnya urusan perjalanan pemerintahan dan politik Oman, yang mempunyai penduduk berjumlah 4.6 juta dengan 43% merupakan ekspatriat.
Pada usia 29 tahun, dia menggulingkan bapanya, Said bin Taimur, penguasa yang Ultra konservatif. Dimana di zaman pemerintahan ayahandanya, rakyat Oman menerima pelbagai halangan dan kawalan termasuk larangan mendengar radio atau memakai cermin mata hitam, selain berkuasa memutuskan siapa yang boleh berkahwin, mendapat pendidikan atau meninggalkan negara.
Sejurus merampas kuasa daripada ayahandanya, Sultan Qaboos mengisytiharkan hasratnya menjadikan Oman sebagai sebuah negara moden dengan menjadikan hasil utama negara iaitu minyak sebagai modal utama pembanggunan infrastuktur di negaranya, yang mana pada awal pemerintahannya, Oman hanya mempunyai 10 kilometer jalan berturap selain 3 buah sekolah sahaja.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.