CORONAVIRUS : PESAKIT DIBERIKAN MAKAN MALAM SUP KURA-KURA


CHINA: Para pesakit yang dikuarantin di sebuah hospital di Wuhan dihidangkan dengan daging kura-kura untuk jamuan malam.

"Hidangan hari ini termasuk daging labi-labi," kata seorang pesakit yang diasingkan dalam rakaman video yang dikeluarkan oleh media China.


Para pakar percaya penyakit yang berjangkit itu yang sudahpun meragut nyawa 638 orang, dijangkiti manusia melalui haiwan liar - terutama sekali kelawar dan ular - menerusi haiwan lain.

Para saintis China pada Sabtu (8 Januari) membayangkan tenggiling mungkin menjadi pengantara yang membolehkan virus itu dijangkiti manusia melalui kelawar.


Daging kura-kura yang berkulit lembut itu dianggap sebagai sangat berkhasiat dalam perubatan tradisional Cina.

Ramai orang di China percaya labi-labi yang berasal daripada negara tersebut, kaya dalam kandungan protein dan dapat membantu mereka yang sakit untuk pulih dengan pantas.


Kura-kura itu diperolehi daripada alam semula jadi atau dari ladang ternakan dan biasanya direbus untuk dijadikan sebagai sup yang berkhasiat.

Wabak virus korona baru sejauh ini meragut 638 nyawa dan menjangkiti lebih 31,520 orang di 28 negara dan wilayah merata dunia - namun, 99 peratus daripada jangkitan berlaku di China. - PenaMinang.com