Oleh : RF Lias Part 1 TS Shafee tanya, bolehkah Latheefa Koya sahkan kesembilan sembilan rakaman ini adalah legal atau tidak. Contohnya, adakah rakaman ini dari pihak dan agensi penguatkuasa seperti polis, SKMM atau tentera. Latheefa kata dia tak boleh sahkan dan dedahkan perkara itu kerana ia masih dalam siasatan SPRM. TS Shafee tanya lagi, kalau dia tak boleh dedahkan dalam mahkamah kerana ia masih dalam siasatan, kenapa dia dedahkan rakaman itu kepada public (awam) kalau dia sendiri tak boleh sahkan rakaman ini legal atau tidak? Terpinga pinga Latheefa dan berpusing pusing dia nak jawab. TS Shafee kata, “kita dah macam radio buruk” asyik berpusing dalam keadaan yang sama. Fuh. Hangit. Part 2 Ditanya adakah Latheefa Koya bersetuju dan tahu bahawa setiap bukti rakaman (suara atau video) perlu ada tiga kriteria sebelum didedahkan iaitu ; 1) history, 2) provenance, dan 3) originality Latheefa bersetuju. TS Shafee seterusnya bertanya, adakah rakaman itu sudah memenuhi ketiga tiga kriteria tersebut sebelum ia didedahkan kepada awam. Latheefa kata tidak tetapi dia kata ia perlu didedahkan supaya rakyat tahu adanya penyelewengan, campurtangan entah apa apa lagi dia jawab untuk justify tindakan dia. Mana integriti Tipah bila dia dedahkan sesuatu perkara yang tak pasti kononnya perkara itu melibatkan keselamatan negara? Gila. Part 3 TS Shafee bertanya apakah niat Latheefa melakukan pendedahan rakaman itu kepada awam dengan merujuknya sebagai “blunder”. Blunder maksudnya tindakan bodoh. Latheefa kelihatan bengang dan bertanya, “Apa yang blunder? Saya tak rasa itu adalah blunder.” TS Shafee jawab, “Tindakan kamu itulah blunder. Tapi takpa, itu apa yang saya rasa.” Kah kah! Macam tikus belanda dah muka Tipah.