TUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA (RCI) BAGI MENYIASAT PENJUALAN ASET-ASET STRATEGIK NEGARA KETIKA PH BERKUASA

 

Oleh : Jebat

1. Ketika berkempen pada PRU 14, Pakatan Harapan (PH) menyuarakan kebimbangan mereka dengan tindakan kerajaan Barisana Nasional (BN) yang membenarkan Proton mempunyai rakan strategik mereka dari Geely.

2. Momokkan 'kereta nasional' terjual kepada China menjadi bahan kempen mereka pada setiap hari. Sekaligus memberikan kesan kepada prestasi BN pada PRU14, yang menyaksikan kerajaan bertukar tangann buat kali pertama dari blok Nasionalis kepada Ekstrimis Liberal yang dikuasai DAP.

3. Namun setelah PH berkuasa, lain pula jadinya. Tindakan 'mempertahankan' aset negara sebelum menjadi kerajaan hanyalah sandiwara PH bagi meraih undi.

4. Setelah berkuasa, PH secara rakus menjual segala kepentingan strategik negara dengan alasan mahu mengurangkan beban kewangan negara.

5. Sedangkan pada hakikatnya, kebanyakkan aset strategik negara itu memberikan banyak pulangan keuntungan kepada negara.

6. Antara yang menjadi perhatian aku ialah penjualan kepentingan negara dalam IHH Healthcare Berhad, syarikat yang mengendalikan rangkaian hospital swasta terbesar di Asia yang mana asetnya bukan hanya ada di Malaysia tetapi di Singapura. Dan selepas BN tumbang, kepentingan negara dalam syarikat ini telah dijual kepada syarikat Jepun tanpa ada sebarang alasan yang munasabah.

7. Itu tidak dikira lagi dengan penjualan aset-aset strategik kerajaan yang lain yang sudah mencapai jutaan bilion ringgit. Yang mana tidak pula mengurangkan hutang negara, sebaliknya menambahkan lagi hutang negara.

8. Oleh kerana itu, adalah perlu bagi satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kesemua penjualan aset-aset penting dan strategik negara ketika PH berkuasa selama 22 bulan. 

9. Jika kerajaan hari ini boleh menimbang untuk bersetuju mengadakan RCI bagi isu Tabung Haji, kenapa pula dengan aset-aset negara lain ini tidak boleh dilaksanakan?

10. Dan rakyat mahu kesemua mereka yang terlibat dalam penjualan aset strategik negara ini perlu didakwa di mahkamah serta tidak dibiarkan bebas begitu sahaja.

Post a Comment

0 Comments