Oleh : Abu Al-Laits As-Samarqandi
Pertama : Terlihat jelas di lidahnya dia tidak mahu berdusta, melakukan ghibah dan berkata-kata pada perkara yang tidak perlu. Lidahnya akan sentiasa berzikir kepada ALLAH, membaca Al-Quran dan mengkaji ilmu.
Kedua : Dia takut dalam masalah perutnya, yakni tidak mahu memasukkan ke dalam perutnya kecuali makanan yang baik dan halal. Dia hanya mahu memakan makanan yang halal sesuai dengan keperluannya.
Ketiga : Dia takut dalam masalah matanya, yakni tidak mahu melihat sesuatu yang haram atau dunia dengan penglihatan yang menunjukkan kesukaan. Dia hanya melihat untuk dijadikan sebagai pelajaran sahaja.
Keempat : Dia takut dalam masalah kakinya, yakni tidak mahu berjalan dalam rangka bermaksiat kepada ALLAH.
Keenam : Dia takut dalam masalah hatinya, yakni bahawa dia akan mengeluarkan kebencian dan permusuhan serta hasad dari dalam hatinya, kemudian memasukkan ke dalamnya nasihat dan perasaan menyanyangi kaum Muslimin.
Ketujuh : Dia takut dalam masalah ketaatan terhadap ALLAH Subhanwata'ala, yakni dengan menjadikan ketaatannya semata-mata ikhlas kerana-Nya dan takut terhadap riya' dan nifaq.
Apabila seseorang hamba telah melakukan tujuh hal ini maka dia termasuk orang-orang yang digambarkan ALLAH dalam firman-Nya, "Dan kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf : 35)
Rujuk : Tanbih Ghafilin (2/420-421)
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.