Beberapa bulan yang lepas, kerajaan ada menubuhkan satu pasukan khas yang kononnya akan 'berjihad' menangani inflasi.
Namun apa hasilnya pada hari ini? Tidak ada sebarang perubahan melainkan harga barang semakin meningkat dari hari ke hari.
Lalu timbul persoalan disini, apakah wajar sebuah 'pasukan khas' ini terus beroperasi atau sudah sampai masanya ianya dibubarkan?
Sebagai seorang pemerhati sosial, aku dapati pasukan khas ini hanyalah indah khabar dari rupa. Atau lebih tepat, nama jer gah, habuk pun tak ada.
Sehingga hari ini, ada kalian semua pernah melihat sebarang infografik atau senarai harga yang membuktikan wujudnya penurunan harga barangan setelah terjadinya usaha yang dijalankan oleh pasukan ini?
Sedangkan apa yang aku lihat, ianya hanyalah seakan-akan acara jalan-jalan lihat harga barang sambil dilakonkan oleh personaliti politik agar 'kelihatan' turun padang. Itu tak kira lagi dengan arahan yang keluar kepada pihak editorial supaya dihantar jurufoto, jurukamera dan wartawan untuk 'cover' kehadiran personaliti tersebut di lokasi-lokasi terpilih.
Aku sendiri melihat tidak ada apa yang turun semasa dan selepas 'personaliti' berkenaan turun ke lokasi-lokasi yang telah dirancang lebih awal.
Walaupun wujud acara jualan Murah Keluarga Malaysia, namun ianya hanyalah bersifat sementara dan terhad di sesetengah lokasi.
Dan bila rakyat meminta pandangan mengenai kesan kenaikan OPR kepada peningkatan kos harga barang. Pasukan so called 'Jihad' ini hanya mendiamkan diri dan berlepas diri. Sedangkan seharusnya pasukan khas ini turut sama terlibat menasihati BNM dan bertindak menyampaikan suara hati dan hasrat rakyat yang tertekan dengan kenaikan harga barang.
Bagi aku, kalau dah macam ni juga kesudahannya, harga barang terus melambung naik, baik tak perlu ada pasukan yang nama ala-ala gempak ini. Sebaiknya biarkan sahaja penguasa-penguasa KPDNHEP melaksanakan tugas seperti biasa.
Akhir kalam, toksah letak nama gah-gah konon macam hebat tapi hasil macam ........ malas aku nak cakap.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.