Borrel dalam catatan di akaun X beliau pada Khamis berkata: "Laporan yang datang dari Gaza berulang kali menunjukkan bahawa keganasan dan penderitaan masih menjadi satu-satunya realiti bagi ratusan ribu orang awam yang tidak bersalah. Berita mengerikan ini mesti disiasat secara bebas, selaras dengan perintah ICJ yang lalu," tegasnya, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Sementara itu, satu lagi laporan WAFA dari New York berkata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, telah mengecam serangan udara Israel yang dahsyat pada Khamis ke atas sebuah sekolah UNRWA yang melindungi penduduk yang kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza.
Reports coming from Gaza time and again show that violence and suffering are still the only reality for hundreds of thousands of innocent civilians.
— Josep Borrell Fontelles (@JosepBorrellF) June 6, 2024
This appalling news must be independently investigated, in line with last @CIJ_ICJ order. 🧵 1/2 https://t.co/LkumJqZZpP
Beliau menyifatkan serangan itu sebagai "satu lagi contoh mengerikan, harga yang dibayar oleh orang awam", lapor sumber itu.
Stephane Dujarric, jurucakap ketua PBB, memberitahu pemberita: "Ini adalah satu lagi contoh ngeri, harga yang dibayar oleh orang awam, bahawa lelaki, wanita dan kanak-kanak Palestin yang hanya cuba bertahan hidup."
"Sudah tentu, beliau mengecam serangan ini. Perlu ada kebertanggungjawaban atas segala yang berlaku di Gaza."
Sumber : BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.